• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPP Teras Perpaduan & Penghubungan Kerajaan

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang diwujudkan untuk menjadi jentera transformasi sosial di kawasan bandar juga berperanan sebagai penghubung antara komuniti bandar dan kerajaan selain memupuk perpaduan masyarakat bandar.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata JPP juga adalah pelengkap kepada semua pertubuhan dalam kawasan perbandaran.

“Pengiktirafan yang diberikan kerajaan kepada JPP adalah inisiatif dan penghargaan untuk masyarakat bandar,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis penyampaian watikah pelantikan JPP Perlis sesi 2016-2018 serta sesi ‘Townhall’ di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyampaikan watikah itu kepada 240 orang yang dilantik bagi penggal kedua bermula 1 Okt 2016 hingga 30 Sept 2018, menjadikan Perlis mencapai 100 peratus keanggotaan JPP.

Menurut Halimah sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 2,272 Zon JPP di Semenanjung Malaysia dengan keanggotaan seramai 14,726 orang telah diwujudkan. – BERNAMA

Tags: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Tsunami Melayu Tapi Tsunami Biru Melanda

03/05/2018
0

KOTA TINGGI - Sokongan masyarakat Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) di daerah ini sangat padu dan kuat sekali gus menafikan...

RM11 Juta Naik Taraf 17 Kawasan Flat Terengganu

20/02/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11 juta menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd