• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahfiz Terbakar: Api Marak Terlalu Pantas – Guru

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Bunyi macam ribut, api sudah marak besar, air tidak cukup,” demikian reaksi seorang guru agama di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara, yang terbakar awal pagi tadi.

Mohd. Ariff Mawardy, 24, yang baru tujuh bulan mengajar di pusat tahfiz tersebut, berkata kesemua pelajar dan guru sedang tidur sebelum bunyi bising umpama ribut sedang berlaku, terus mengejutkan mereka.

“Saya tidur di tingkat dua (tingkat paling atas bangunan tiga tingkat). Saya terus bangun dan ambil air untuk padamkan api, tapi kebakaran terlalu pantas,” katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Sejurus kemudian, beliau terus mengejutkan pelajar lain untuk turun ke tingkat bawah menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang lain.

“Jeriji besi menyukarkan kesemua mangsa untuk menyelamatkan diri dengan pantas sehingga ada yang terperangkap di tingkap,” katanya sugul dan ditenangkan anggota keluarganya. – BERNAMA

Tags: Darul Quran IttifaqiyahGuru AgamaPelajar Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

18/04/2023
0

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd