• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Umar Selera Makan, Seronok 2 Minggu Di Tahfiz”

oleh
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tidak menyangka perubahan sikap ditunjukkan anaknya semalam merupakan satu petanda bahawa mangsa bakal meninggalkan mereka keluarga selama-lamanya.

Bapa kepada salah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, Umar Al-Khattab, 7, yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi berkata, dia sempat meluangkan masa membawa anaknya makan bersama semalam.

“Saya berjumpa dengan Umar semalam. Dia malah mengajak saya untuk pergi makan,” katanya tanpa menduga bahawa itulah kali terakhir dia dapat bertemu anaknya sebelum terkorban dalam keadaan tragik pada pagi Khamis.

Helmi berkata tiada perubahan ketara lain selain dia sendiri yang mengajak bapanya keluar makan. Umar juga sangat berselera menjamu selera sehinggakan makanan yang dipesannya mampu dihabiskan dengan cepat.

“Saya pergi bayar dulu makanan tersebut. Apabila saya sampai ke meja makan saya tengok dia sudah habis makan,” tambahnya lagi. Dia juga mengakui keadaan Umar seperti biasa dan proses pembelajaran berlangsung seperti biasa.

Menurut Helmi, biarpun baru sahaja mendaftarkan mangsa di pusat tahfiz berkenaan kurang daripada dua minggu, anaknya itu gembira dan menyatakan keseronokkan apabila dapat menuntut ilmu agama di sana.

Katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini, beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan selepas Subuh pagi tadi oleh pihak hospital.

“Anak baru masuk lepas Hari Raya Aidiladha lalu. Saya tak jangka ini akan berlaku sebab semalam kami jumpa dan makan bersama. Sebelum balik ke pusat tahfiz, dia sempat main di taman. Anak pernah cakap dia seronok di sana.”

Dianggarkan seramai 25 mangsa termasuk dua guru terkorban dalam insiden tragik kebakaran pada pukul 5.41 pagi tadi. 

Kebakaran difahamkan bermula di tingkat dua dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi.

Sementara itu, Mazzaini Muda, 47, yang merupakan ibu kepada seorang lagi mangsa tragedi tersebut, Ahmad Rijal Mohd. Rodzi, 13, berkata, dia reda dengan kejadian yang meragut nyawa anak bongsunya itu.

“Suami telefon dalam jam 7 pagi ketika siap hendak pergi kerja berita mengenai kejadian dan dapat pengesahan apabila tengok berita.

 Saya reda saya gembira sangat Allah pilih dia untuk syahid. Sebelum ini saya pun berdoa agar dapat syahid tapi jalan dia lagi mudah,” ujarnya. – Mynewshub.cc/Aisyah

Tags: Darul Quran Ittifaqiyahtahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd