• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Mangsa Kebakaran Tahfiz Reda Pemergian Anaknya

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kali terakhir kami bersama adalah pada Aidiladha yang lepas,” luah ibu kepada Muhammad Zattullah Roslan, 11, mangsa yang maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Kamizan Yusof, 48, berkata beliau mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang rakannya yang tinggal berhampiran pusat tahfiz berkenaan.

“Saya terima panggilan kira-kira 7 pagi tadi yang meminta saya datang segera kerana pusat tahfiz anak saya belajar terbakar. Waktu itu saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja.

“Pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemas dan sedihnya memikirkan nasib adik (Muhammad Zattullah) dan rakan-rakannya,” katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian beliau dimaklumkan anaknya merupakan seorang daripada mangsa yang tidak dapat diselamatkan.

“Adik adalah anak bongsu daripada dua beradik. Dia sangat manja dengan kami. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun kehilangannya amat dirasai,” katanya hiba.

Setakat 10.30 pagi ini, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan maut dalam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan kira-kira 5.15 pagi yang memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu.

Turut cedera ialah enam pelajar dan seorang orang awam. – BERNAMA

Tags: Darul Quran IttifaqiyahkebakaranPelajar Tahfiztahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd