• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Mangkat: Kehilangan Besar Bola Sepak

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Isnin lepas disifatkan satu kehilangan besar buat sukan bola sepak negeri ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar berkata Kedah bukan sahaja kehilangan peminat nombor satu bola sepak negeri, tetapi kehilangan seorang raja yang sangat mengambil tahu keperluan dan kebajikan pemain.

“Memang kita KFA kehilangan peminat nombor satu bola sepak Kedah yang cukup berpengaruh dari segi pemain dan sokongan moral kerana Almarhum cukup mengambil berat tentang pasukan sehinggakan jersi bola sepak yang baharu pun Almarhum minta dipersembahkan agar tidak hilang teras pasukan iaitu Hijau Kuning pada jersi tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, Almarhum Sultan Abdul Halim seorang yang mempunyai semangat luar biasa sehinggakan setiap kali membabitkan perlawanan antara pasukan Kedah, baginda akan mencemar duli turun menonton perlawanan itu.

“Sebab itu Almarhum sering berpesan kepada saya supaya jaga pasukan dan urus pasukan dengan baik kerana bola sepak adalah sukan rakyat yang menjadi sukan utama di negeri ini, Almarhum juga sentiasa mengikuti perkembangan perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah ketika di Istana Negara,” katanya.

Katanya, minat Almarhum juga tidak terbatas di atas padang, tetapi sering menjemput pihak pengurusan dan pemain ke Istana Negara dan Istana Anak Bukit untuk meraikan kejuaraan yang dimenangi.

“Wajah kegembiraan terpancar pada wajah Almarhum baginda apabila berjaya mempersembahkan piala yang dimenangi terutama Piala Malaysia pada 2016, Piala FA dan Piala Sumbangsih tahun ini.

“Walaupun hanya naib juara Piala Malaysia pada 2015, Almarhum baginda tetap tidak lupa untuk meraikan bersama-sama pemain di Istana Negara,” katanya.

Keperibadian Almarhum Sultan Abdul Halim yang lemah lembut menjadikan baginda cukup disenangi dan disukai oleh pegawai dan pemain termasuk pemain import.

“Saya mudah buat kerja dengan Almarhum kerana baginda menepati masa dan teliti dalam apa-apa perkara jika melibatkan pasukan, saya tidak akan melupakan pesanan Almarhum untuk menjaga pasukan dan kebajikan pemain Kedah,” katanya.

Selain bola sepak, Almarhum Sultan Abdul Halim cukup meminati acara sukan air yang melibatkan rakyat jelata.

“Kalau tak silap baginda juga ada minta Temasya Sukan Sungai diadakan walaupun cuaca panas ketika itu kerana Almarhum meminati sukan perahu yang diadakan setiap tahun untuk rakyat,” katanya.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada 2.30 petang Isnin lepas pada usia 89 tahun.

Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Langgar kira-kira 4 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Almarhum Sultan Abdul Halim mencatat sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-5 dari 21 Sept 1970 hinggga 20 Sept 1975 dan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dari 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Aminuddin Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Setiausaha Kehormat KFA Letak Jawatan Masa Terdekat

14/05/2018
0

ALOR SETAR – Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar akan melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat. Aminuddin...

Nasib Marcote Akan Ditentukan KFA Minggu Depan

22/03/2018
0

KUBANG PASU - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan diadakan minggu hadapan bagi membincang dan memutuskan nasib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd