• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Milik Vijay Eswaran Disiar Dalam Forbes Timur Tengah

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahawan terkemuka Malaysia dan pengasas Qi Group of Companies, Datuk Seri Vijay Eswaran, yang ditampilkan dalam majalah perniagaan terkenal Forbes, versi Timur Tengah, berkata Quest International University Perak (QIUP) yang diusahakan syarikat itu, mengambil pendekatan inovasi dan penyelidikan canggih untuk merealisasikan wawasan untuk muncul sebagai ‘Harvard Timur’.

Majalah yang menyiarkan artikel dan laporan berkaitan dunia kewangan dan perniagaan, memaparkan Vijay Eswaran, yang telah mewujudkan minat terhadap dunia perniagaan global, termasuk pendidikan.

Dalam edisi September, Forbes menyiarkan artikel bertajuk ‘Never Stop Learning, Never Stop Seeking’, yang memaparkan hasrat Vijay Eswaran ingin mengubah pendidikan tinggi dengan merancang untuk menjadikan usaha terbarunya itu sebagai ‘Harvard Timur’.

“Visi QIUP ialah untuknya dikenali sebagai ‘Harvard Timur’. Bercita-cita tinggi, tetapi dengan pendekatan yang tepat untuk belajar dan menumpukan pada inovasi dan penyelidikan canggih, saya yakin kami boleh mencapainya,” katanya dalam majalah berkenaan.

Artikel berkenaan menarik minat warga Asia, terutamanya di Timur Tengah.

Tambahan pula, apabila cabang jualan langsung Vijay Eswaran, QNET, mengadakan konvensyen tahunannya di Dubai dari 8 hingga 12 Sept, yang telah menarik 12,000 usahawan global.

Dalam artikel Forbes itu, Vijay Eswaran berkongsi pemikirannya tentang potensi pendidikan tinggi di Asia Tenggara dan visinya untuk QIUP, yang merupakan projek dilaksanakan oleh QI Group, yang diterajui oleh Vijay Eswaran dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak.

Beliau menjelaskan bahawa QIUP telah mula menarik perhatian ahli akademik dari seluruh Asia Tenggara dan kini ingin menarik para penyelidik dan pensyarah terkemuka di dunia dari luar negara, untuk memberi inspirasi kepada generasi baru usahawan, inovator, profesional dan banyak lagi.

Vijay Eswaran yang dilahirkan di Pulau Pinang, mempunyai pelbagai perniagaan merentasi pelbagai bahagian dunia, adalah Pengerusi Eksekutif QI Group, yang ditubuhkan pada 1998.

Syarikat itu adalah konglomerat berasaskan e-dagang dengan kepelbagaian perniagaan dalam jualan, teknologi, gaya hidup dan liburan, pendidikan, latihan dan pengurusan persidangan, pembangunan hartanah dan logistik, serta pembangunan hartanah di Ipoh yang dikenali sebagai ‘QI City’.

QI Group mempunyai pejabat serantau di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan Thailand, selain berada di hampir 30 negara melalui pelbagai anak syarikat.

Vijay Eswaran telah menulis beberapa buku, termasuk yang popular ‘The Sphere of Silence’ dan terkini, ‘Two Minutes from the Abyss’..
– BERNAMA

Tags: Datuk Seri Vijay Eswaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd