Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 kini diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Indonesia dari Pejabat Mencari Dan Menyelamat Pangkal Pinang.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dibantu pelbagai agensi termasuk Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Laut Republik Singapura juga telah digerakkan untuk menawarkan bantuan kepada Indonesia.
Dua buat pesawat Hercules C130 RSAF kini bersiap-sedia untuk membantuan operasi berkenaan.

“Kami sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan apa sahaja bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat ini, CAAS dan Pusat Pengurusan Krisis Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) telah diaktifkan ekoran kehilangan ini.
“Kami bekerja rapat dengan Pasukan Pengurusan Krisis syarikat penerbangan itu,” menurut wakil CAAS.
Sebuah kawasan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi telah dikhaskan sebagai ruang mengumpulkan ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501.

Di sana, pihak pengurusan lapangan terbang akan memberikan bantuan terus kepada waris terdekat pesawat di dalam pesawat itu.

Pesawat QZ8501 dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura menggunakan pesawat jenis Airbus A320-200 dengan dua juruterbang.
Ia membawa 155 penumpang dengan tujuh orang anak kapal. Seramai 156 orang di dalam pesawat itu merupakan warga Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

