• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Statistik Kemalangan Industri Pelancongan

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pihak berkuasa perlu menyediakan statistik lengkap mengenai kes kemalangan dan penyakit bagi pekerja di industri pelancongan agar pelan khusus dapat dirangka untuk menangani isu berkenaan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun terdapat kemalangan yang berlaku dalam industri pelancongan, agak sukar untuk mendapatkan statistik lengkap kerana sektor itu amat luas dan data berkaitan dikumpul oleh pelbagai agensi berbeza.

Lee berkata usaha untuk mengumpul statistik berkaitan kemalangan dan penyakit berkaitan pelancong dan mereka yang bekerja dalam sektor berkaitan seharusnya diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Buat masa ini, katanya statistik berkaitan kemalangan dan penyakit melibatkan sektor itu disimpan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai statistik lengkap agar perancangan lebih baik dapat dibuat untuk mengatasinya di masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam Sektor Pelancongan peringkat negeri di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyeru mereka yang terlibat dalam industri pelancongan supaya menerima pakai konsep Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pelancongan agar jumlah kemalangan dan masalah kesihatan dalam sektor itu dapat dikurangkan.

Lee berkata konsep itu bukan bermakna mereka harus mencapai sifar kemalangan tetapi lebih kepada mengubah pemikiran bahawa kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja boleh dicegah daripada berlaku.

Beliau berkata NIOSH bersedia membantu industri pelancongan melaksanakan konsep itu terutamanya dalam menyediakan latihan, khidmat nasihat, menyebarkan maklumat serta menjalankan penyelidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerja.

“Apabila terdapat kemalangan bas dan bot yang membawa pelancong misalnya, jumlah mangsa biasanya agak tinggi. Kes-kes sedemikian bukan sahaja boleh menyebabkan kehilangan nyawa tetapi juga mencalar reputasi negara sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini,” katanya.

Menurut JKKP, beliau berkata sebanyak 42 kemalangan dalam sektor perhotelan dan restoran diterima di seluruh negara sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Setakat ini, Lee berkata NIOSH telah melaksanakan banyak program untuk industri pelancongan termasuk seminar pemanduan berhemah untuk pemandu bas pelancong, kursus asas keselamatan aktiviti air, kursus asas pertolongan cemas dan kursus induksi keselamatan untuk pekerja industri pelancongan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd