• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halimah Yacob Diisytihar Presiden Singapura Ke-8

oleh Ahmad Albab
13/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura bakal mempunyai presiden wanita pertama setelah Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu hari ini.

Halimah, 63, dijadualkan mengangkat sumpah esok di Istana.

Pegawai Pilihan Raya, Ng Wai Choong membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup pada 12 tengah hari di pusat penamaan calon di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat, Jalan Besar di sini di hadapan ratusan penyokong Halimah yang berpakaian berwarna oren.

Bekas Speaker Parlimen itu yang tiba awal di pusat itu kira-kira 11.15 pagi tadi bersama suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, merupakan satu-satunya calon yang layak diberi sijil kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden.

Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan.

“Saya merupakan presiden untuk semua orang. Walaupun pilihan raya ini khusus, saya bukan presiden yang khusus,” katanya kepada penyokong selepas Ng yang juga Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga mengisytiharkan beliau sebagai presiden.

Pilihan Raya Presiden 2017 dikhususkan untuk masyarakat Melayu dalam usaha memastikan perwakilan yang berbilang kaum.

Dua lagi calon yang ingin bertanding, kedua-duanya ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan Kaim Khan tidak berjaya memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan untuk sektor swasta.

Bagi sektor awam, Halimah memenuhi kriteria memegang jawatan dalam sektor itu sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai Speaker Parlimen.

Memandangkan Halimah satu-satunya calon yang berjaya, ini bermakna 2,516,608 pengundi Singapura tidak perlu mengundi pada Hari Pengundian yang dijadualkan pada 23 September ini. – BERNAMA

Tags: Halimah YacobSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd