• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Sampah Tengah Laut Buat Nelayan Warga Emas

oleh Ahmad Albab
13/09/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Seorang nelayan warga emas bukan saja turun ke laut untuk mencari rezeki harian, malah turut melakukan kerja amal dengan mengutip sampah bagi mengurangkan pencemaran alam, sekali gus memastikan hidupan laut dapat membiak pada masa depan.

Md Said Ishak, 65, yang juga bapa tujuh anak dari Kampung Rimba Terjun, di sini, berkata, dia akan mencari hasil laut dan mengutip sampah terutama plastik yang terapung di sekitar perairan Pontian.

Katanya, sepanjang bergelar nelayan sejak lebih 50 tahun lalu, dia mendapati penduduk ketika ini lebih suka membuang sampah ke pantai dan sungai hingga mencemarkan alam sekitar.

“Sebagai nelayan, sudah pasti saya mengharapkan dapat menangkap ikan dengan banyak, namun apabila keadaan pantai tercemar, ia menyebabkan hidupan laut berkurangan.

“Berikutan itu, saya mengambil keputusan mengutip sampah yang terapung dan membawa pulang ke darat sebelum dikitar semula,” katanya yang mempunyai 14 cucu.

Menurut Md Said, nelayan lain mempunyai pelbagai kemahiran seperti berniaga dan menanam sayur-sayuran di sekitar rumah, namun dia tidak mahir untuk melakukan perkara sama menyebabkannya mengambil keputusan untuk mengutip sampah.

“Alhamdulillah, isteri, Zawiah Majid, 65, menyokong usaha saya ini dan sejak kebelakangan ini sekiranya tangkapan tidak sebanyak dulu, saya masih boleh mengumpul barangan plastik yang dikutip di laut,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Mohd Taufik, 28, berkata, mengutip barangan plastik yang terapung bukan saja untuk menambah pendapatan, malah mengelak ia tersangkut pada jaring nelayan yang mencari hasil laut.

“Walaupun hasil laut tidak setimpal seperti diharapkan, namun kami sentiasa bersyukur dan pada masa sama berusaha menambah pendapatan dengan mengutip barangan plastik yang terapung di laut atau sungai,” katanya. – myMetro Online

Tags: rezekiSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Membina Masa Depan Pelarian Rohingya

Next Post

3 Maut, 6 Hilang Ribut Maring Landa Manila

Related Posts

Manfaat Bersyukur Kepada Allah

27/09/2021
0

ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Pernah Dikata Bodoh Kerana Tolong Orang – Ebit Lew

28/04/2020
0

KESUKARAN hidup sejak kecil tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mengecapi kejayaan dan berbakti semula kepada masyarakat. Menerusi hantaran di Facebook...

Next Post

3 Maut, 6 Hilang Ribut Maring Landa Manila

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd