• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Disepina Beri Keterangan Kerugian Forex

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memberi keterangan pada Isnin dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990an.

Peguam Dr. Mahathir Mohamed, Haniff Khatri Abdulla berkata sepina itu telah diserahkan kepada beliau bagi pihak Dr. Mahathir pada kira-kira 2.35 petang ini oleh pegawai RCI Amran Md Jusin.

Menurut sepina itu, Dr. Mahathir dikehendaki menghadiri prosiding RCI pada 18 September pada 11 pagi, kata Mohamed Haniff Khatri ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sepina itu sepatutnya diserahkan kepada Dr. Mahathir pada sebelah pagi tetapi beliau terpaksa bergegas ke Kedah untuk memberi penghormatan kepada Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, sambil menyatakan bagi menjimatkan masa, beliau mendapat arahan supaya menerima sepina itu bagi pihak Dr. Mahathir.

“Saya beritahu pegawai itu bahawa saya sedang menyediakan surat kepada RCI untuk bertanya bila mereka akan mengambil kenyataan saksi Dr. Mahathir, dan menyatakan beliau mahukan dokumen yang hendak dirujukkan kepada Dr. Mahathir di prosiding itu, untuk diberi kepada mereka.”

Mohamed Haniff berkata saksi-saksi lain telah menyediakan kenyataan saksi masing-masing kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Sejumlah 22 saksi telah memberi keterangan di hadapan RCI itu termasuk Anwar, bekas gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang merupakan pengerusi Petronas, mengetuai panel lima anggota itu.

Anggota-anggota lain suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan K. Puspanathan dari Institut Akauntan Malaysia.

Panel RCI mesti menyelesaikan tugasnya dan mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober. – BERNAMA

Tags: forex
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

Addy Kanna, Alvin Terlibat Macau Scam, Judi Online

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd