• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Kedah Ke-29 Pernah Aktif Dalam Ketenteraan

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 hari ini, merupakan anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Almarhum Sultan Badlishah yang memerintah Kedah dari 1943 hingga 1958, mempunyai tujuh orang putera dan tujuh puteri.

Tunku Sallehuddin, 75, diputerakan pada 30 April 1942, mempunyai kelulusan pendidikan tinggi daripada College of Military Engineering Poona di India.

Minat mendalam dalam bidang ketenteraan mendorong baginda memilih menjalani latihan kadet dan dihantar ke India menjalani kursus ketenteraan di Indian Military Academy, Dehra Dun dari 23 Julai 1962 hingga 30 Jun 1963.

Baginda kemudian ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Oktober 1963.

Tunku Sallehuddin kemudian dinaikkan pangkat sebagai Leftenan pada 12 Februari 1964 dan ditempatkan di Batalion Ke-2 RAMD di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang perkhidmatan, baginda terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan Thailand/Kelantan, Kedah dan Perak.

Tunku Sallehuddin yang menyandang beberapa jawatan penting antaranya Canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Yang Dipertua Majlis Agama Negeri Kedah.

Adinda Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah itu mendirikan rumah tangga dengan Tengku Maliha Tengku Ariff dan dikurniakan dua putera.

Tunku Sallehuddin sebelum ini dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah sempena keberangkatan pulang Almarhum Tuanku Abdul Halim setelah tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 15 Dis 2016.

Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum itu, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 November 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat kegeringan.

Baginda juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Dis 2016.

Jemaah Pemangku terbubar secara sendiri apabila Sultan Abdul Halim menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan kembali memayungi negeri sebagai Sultan Kedah. – BERNAMA

Tags: Sultan Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

25/06/2023
0

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma Darul Aman, di sini hari ini bagi...

Sultan Kedah Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd