• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazim Othman Lancar Muzik Video Sempena Anniversary

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini kecoh berita percutian pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang bercuti ke Maldives, kini pasangan Nazim Othman dan Bella Dally pula mencuri spotlight netizen.

Dengar-dengarnya percutian ini bersempena dengan anniversary pertama mereka. Wahhh sekejap saja dah setahun pasangan merpati dua sejoli ini sudah mendirikan rumah tangga ya.

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya ini juga, dia telah melancarkan muzik video bagi single Kerana Cinta yang telah dilancarkan pada April lalu.

Khabarnya, pembikinan klip video ini dirakamkan bersama isteri tercinta di Bali, Indonesia dan Cappadocia, Turki. Kehidupan rumah tangga yang dilaluinya selama setahun telah diinterpretasikan ke dalam muzik video ini.

“Penggambaran muzik video ini dijalankan pada Mei lalu di Cappadocia, Istanbul. Keseluruhan jalan cerita adalah idea saya mengenai kehidupan rumah tangga kami.

“Saya memaparkan alam sebagai metafora. Muka bumi Cappadocia yang berbukit bukau sebagai tanda hidup ini ada turun naik, tetapi kami tetap bersama menempuh alam rumah tangga.

“Orang kata, laut bergelora boleh ditempuh jika ada kesabaran dalam diri,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Menurutnya lagi, muzik video ini merupakan kesinambungan daripada video pre-weddingnya.

Menurut pelakon berusia 33 tahun ini lagi, muzik video ini merupakan hadiah paling bermakna yang diberikan kepada Bella.

Jika diamati bait-bait lirik lagu ini, ia menceritakan tentang kisah cinta pasangan ini yang mana Bella sangat setia bersamanya dari dulu sampai sekarang.

Muzik video ini telah dilancarkan pada 10 September lalu di laman YouTube Raksasa Record. Walaupun baharu dua hari dilancarkan, muzik video ini telah berjaya mendapat lebih 19,000 tontonan.

Single Kerana Cinta ini dihasilkan oleh Ezra Kong, Hael Husaini dan Mike Chan manakala liriknya pula ditulis oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Rasa-rasanya dakwaan rumah tangga mereka retak suatu ketika dahulu salah sama sekali. Buktinya, lihat sahaja muzik video ini yang dibuat khas untuk Bella. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Bella DallyKerana Cintanazim othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bella Dally Mohon Maaf

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran...

Bella Dally Umum Bertunang Selepas 8 Bulan Bercerai

16/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally, 28, mengumumkan dia kini sah bergelar tunangan orang selepas lapan bulan bergelar janda menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd