• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thanabalan Sedia Pertimbang Tawaran Di Luar Negara

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) N. Thanabalan berkata beliau sedia untuk mempertimbangkan tawaran bermain di luar negara sekiranya ia dapat membantu mengubah nasib keluarganya.

Namun pemain Felcra FC itu yang menjadi watak penting ketika membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lepas menegaskan beliau perlu meneliti beberapa faktor terlebih dahulu termasuk soaal untuk menjaga bapanya yang kini terlantar sakit.

“Setakat ini saya belum mendapat apa-apa tawaran, tapi saya ada dengar khabar angin tentang perkara tersebut melalui media. Kalau dapat tawaran bagus dari segi gaji dan sebagainya, mungkin saya akan pertimbangkan.

“Kalau boleh saya mahu beraksi dengan pasukan yang dapat memberikan saya peluang selama 90 minit. Semestinya saya mengharapkan tawaran yang lebih baik kerana perlu menjaga keluarga saya terutamanya ayah saya yang kini lumpuh,” katanya kepada Bernama.

Sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Thanabalan dan lima lagi pemain skuad B-22 diintai kelab Liga 1 Thailand selepas mefreka mempamerkan aksi memberangsangkan pada KL2017.

Pemain lain ialah Muhammad Adib Zainudin, Adam Nor Azlin (Selangor), Mohd Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain Pahang Muhamad Nor Azam Abdul Azih.

Pada masa yang sama, Namun Thanabalan yang merupakan pemain pinjaman Felcra FC memaklumkan beliau perlu menghormati kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang akan tamat tahun depan.

Anak jati Seremban ini juga berkata tumpuannya ketika ini ialah untuk membantu Felcra FC layak beraksi ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Pengurusan Felcra FC sudah banyak membantu saya dan rakan sepasukan. Jadi kami amat terhutang budi dan bertekad membantu pasukan layak beraksi ke Liga Perdana pada 2018,” katanya.

Felcra FC merupakan pasukan yang bersaing dalam Kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – BERNAMA

Tags: N Thanabalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Thanabalan Berjaya Ditemui Polis Di Ampang

02/02/2018
0

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan sudah menemui kereta Proton Iswara milik pemain bola sepak negara, N. Thanabalan, di sebuah...

Kereta Thanabalan Hilang Lagi, Kali Ini ‘Mustang Biru’

02/02/2018
0

SEREMBAN - Kehilangan kereta kesayangannya tidak akan ganggu fokus N. Thanabalan terhadap latihan dan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Super,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd