• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghormatan Terakhir Bermula Esok Pagi

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Rakyat jelata, yang berhasrat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, boleh berbuat demikian di Istana Anak Bukit di sini bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari esok.

Menurut aturcara yang dikeluarkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja, orang ramai diminta berpakaian rasmi dan sopan ketika hadir di Balai Penghadapan istana bagi upacara tersebut.

Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja itu akan dimulakan dengan bersiram, mengkafan jenazah serta menabur cendana pada 8 pagi.

Ini disusuli dengan solat jenazah dan penghormatan terakhir bagi orang awam dan kenamaan di Balai Penghadapan istana.

Sejurus sebelum pengiringan jenazah ke Makam Diraja Langgar untuk pemakaman, istiadat Pengisytiharan Keputusan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja dijangka berlangsung pada 1.30 petang.

Pemakaman dijangka bermula pada 4 petang disusuli dengan majlis tahlil serta doa selamat. – BERNAMA

Tags: Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahSultan Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

25/06/2023
0

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma Darul Aman, di sini hari ini bagi...

Sultan Kedah Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd