• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Perjuangan Mat Kilau Bina Semangat Patriotik

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia khususnya golongan muda perlu memahami sejarah dan menghayati perjuangan tokoh sejarah negara, Mat Kilau agar dapat membina semangat patriotisme terhadap negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata sifat juang pahlawan negara itu yang mempunyai nilai integriti seperti tanggungjawab, taat setia dan keikhlasan merupakan asas utama yang harus diteladani generasi muda dalam perjuangan mempertahankan tanah air.

“Prinsip Mat Kilau yang tidak tunduk pada kuasa asing pada zaman pemerintahan British seharusnya menjadi ikutan generasi muda untuk lebih cintakan negara.

“Sifat Mat Kilau yang jujur, setia pada perjuangan dan tegas menjadikan beliau sangat disegani dan dikasihi pengikutnya,” katanya pada program Integriti Dalam Sejarah dan pelancaran dokumentari Jejak Mat Kilau di sini hari ini.

Beliau berkata kegagalan memahami sejarah boleh membawa kepada kegagalan untuk merancang serta menentukan hala tuju negara.

Tayangan dokumentari berdurasi 30 minit itu diadakan bersempena Hari Malaysia yang akan disambut pada Sabtu ini (16 Sept) agar rakyat memahami secara mendalam mengenai integriti dan pembentukan nilai jati diri melalui pengkisahan sejarah pahlawan silam.

Dokumentari itu membawa masyarakat ke sudut sejarah yang berbeza dengan menjejaki laluan yang pernah dilalui oleh Mat Kilau semasa perjuangannya menentang British suatu masa dahulu.

Pada majlis itu turut diadakan sesi dialog bertajuk Mat Kilau: Penentang atau Pejuang, Perspektif Integriti bagi membincangkan kepentingan sejarah dan nilai integriti tokoh sejarah berkenaan.

Dialog itu juga turut membincangkan kaedah atau pendekatan yang paling berkesan untuk mempersembahkan peninggalan sejarah dengan cara yang lebih menarik kepada masyarakat.

Barisan panel forum berkenaan adalah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Ketua Program Sejarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof Madya Dr Mohd Samsudi dan Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu (Delegasi Konservasi Kubu Mat Kilau), Mohd Rosli Wan Ngah. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Anis Yusal YusoffMat KilauSemangat Patriotisme
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Kilau Kutip RM47 Juta, Tewaskan Rekod Munafik 2

Mat Kilau Kutip RM47 Juta, Tewaskan Rekod Munafik 2

04/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof bagai hilang kata-kata apabila karya epik pertamanya mencecah RM47 juta...

Impak Lagu Patriotik Semai Rasa Cinta Negara

02/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebagai lagu kebangsaan, Negaraku wajib tersemat dalam hati. Selain itu, lagu patriotik juga menjadi nadi pencetus semangat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd