• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mubarak Selangor Bantu BN Pikat Pengundi Veteran

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor akan turun padang bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan memberi fokus kepada pengundi veteran di negeri ini.

Yang Dipertuanya Tan Sri Abu Hassan Omar berkata langkah itu perlu bagi memikat golongan pengundi berusia 50 tahun ke atas memilih Barisan Nasional (BN), sekali gus membawa parti itu kembali memerintah negeri ini.

“Buat masa ini kami telah menempatkan wakil-wakil di seluruh negeri menerusi Majlis Permuafakatan Parlimen bagi menerangkan agenda kerajaan (persekutuan) selain mendekatkan kami dengan kumpulan pengundi sasar.

“Sasaran kami ialah kepada pengundi veteran yang mewakili kira-kira 30% daripada bilangan pengundi di Selangor…seluruh jawatankuasa Mubarak dan saya sendiri juga akan turut sama bekerja keras berkempen untuk membantu BN,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Mubarak kepada ‘Tabung Sinar4Rohingya-Solidariti For Humanity’ yang diwakili Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali bagi membantu kaum Rohingya di negara ini dan juga di Myanmar.

“Kita (veteran UMNO) kena mengenang jasalah…dulu kita jadi calon (dalam parti) kita sentiasa mengharapkan sokongan pucuk pimpinan tertinggi dan akar umbi, sebagai ahli pun banyak nikmat yang telah kita kecapi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Yang Dipertuanya Tan Sri Abu Hassan Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd