• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUMAWIP Desa Satumas Setaraf Kondominium

oleh
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Desa Satumas, Taman Desa, di sini, bakal memiliki rumah bertaraf kondominium pada harga mampu milik RM230,000 seunit.

Projek itu menawarkan 3,002 unit kediaman berkeluasan 850 kaki persegi, dalam tujuh blok setinggi 40 hingga 43 tingkat yang dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak letak kereta.

Pemilik bakal mendapat kemudahan kolam renang, kawasan rekreasi, dewan serbaguna dan gimnasium.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pihaknya gembira kerana pemaju setuju membina rumah mampu milik yang mempunyai kemudahan setaraf dengan pangsapuri mewah.

“Malah lokasi pembinaan projek ini berada di tengah bandar dengan jaringan akses beberapa lebuh raya akan memudahkan penduduk,” katanya pada perasmian Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit RUMAWIP, di sini.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan; Pengerusi Aset Kayamas Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Chai Kin Kong dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustafar Kamal Mohd. Yusoff.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan turut mengingatkan bakal pembeli jangan mudah terpedaya dengan sesetengah pihak yang mendakwa boleh mendapatkan unit Rumawip dengan bayaran hingga RM10,000.

“Jangan terpedaya kerana setiap permohonan perlu dibuat menerusi portal kementerian dan portal RUMAHWIP.

“Setiap permohonan melalui portal itu, menjalani saringan kelayakan yang dilakukan oleh kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Maka tiada orang tengah yang terbabit dalam penjualan RUMAWIP,” tegasnya.

Katanya, sejak Rumawip diperkenalkan, KWP berjaya melaksanakan sejumlah 67,892 unit atau 85 peratus daripada sasaran keseluruhan 80,000 unit yang ditetapkan menjelang tahun 2020.

Tengku Adnan, berkata bagi Residensi Desa Satumas, kerajaan menetapkan 60 peratus kuota kediaman iaitu 1,801 unit kepada Bumiputera dan 40 peratus kepada pemilik bukan Bumiputera, iaitu 1,201 unit. – Berita Harian

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorRumawip
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rumawip Di Bawah Tanggungjawab KWP – Zuraida

28/03/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan bertangungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan mengenai pembinaan atau pembatalan projek Rumah Mampu Wilayah Persekutuan (Rumawip)....

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd