• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ag Coco Dan Zue Timang Cahaya Mata Pertama

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN yang terkenal dengan hashtag #agzuefinally semalam berjaya mencuri perhatian netizen apabila mereka mengumumkan satu berita gembira.

Menerusi laman Instagram, gitaris dan komposer, Ag Coco dan penyanyi kumpulan duo Hani & Zue, Zuliana Eusoff telah memberitahu kepada pengikut-pengikutnya yang mereka baru sahaja menimang cahaya mata sulung.

Menurut Ag, Zue selamat melahirkan putera sulung mereka pada 3.40 petang semalam. Yang menariknya baby boy ini berkongsi tarikh lahir dengan ibunya.

alhamdulillah baby boy & mak steady, 3.40pm tadi selamat dilahirkan dgn lancar. allahu akbar mak & anak share birthday

— – (@agcoco) September 8, 2017

Zue yang terkenal dengan hobi melukisnya itu juga ada memuat naik satu posting menerusi laman Instagram. Penyanyi lagu Biar ini telah memuat naik gambar baby yang dilukisnya dengan kapsyen:

“Alhamdulillah. Happy birthday to me and the new love of our lives.”

اَلْحَمْدُلِلّهِ Alhamdulillah. Happy birthday, to me- and the new love of our lives.

A post shared by ズリアナ (@zulianaeusoff) on Sep 8, 2017 at 3:05am PDT

Rakan duonya, Hani turut membuat kejutan apabila dia dan beberapa rakan lain turut menyambut Zue keluar dari labour room.

Bukan itu sahaja, mereka juga membuat kejutan untuk ulang tahunnya yang ke-23 pada tahun ini.

Ag yang juga gitaris terkenal turut berkongsi pengalaman pertamanya itu di laman Twitter. Dengar-dengarnya dia sampai tak nak tidur sebab terasa rugi bila tak dapat tatap puteranya itu.

Khabar gembira ini juga telah mendapat respons dari peminat-peminat mereka. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan gembira dengan kebahagian keluarga kecil ini.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2016 dengan sekali lafaz di Kelana Jaya, Selangor.

Tahniah diucapkan kepada Ag dan Zue! Selamat menjalani fasa parenthood dengan kehadiran ahli keluarga yang baru! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: ag cocoZue
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AG Coco Selamat Bernikah Dengan Zuliana Eusoff

11/12/2016
0

TAHNIAH diucapkan buat gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG selepas selamat diijabkabulkan dengan Zuliana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd