• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Haram Pendakwah Kristian Hina Islam, Buddha

oleh
10/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Permohonan dua pendakwah Kristian asing baru-baru ini untuk memberikan siri ceramah ditolak, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di sini pada Jumaat.

Menurut laporan stesen tempatan Channel NewsAsia, dua mubaligh tersebut dikesan telah membuat “komen-komen yang didapati berbaur memburuk-burukkan dan sengaja menghasut mengenai agama penganut lain”.

Warga asing lazimnya perlu ada Pas Kerja Pelbagai (MWP) untuk berdakwah di Singapura. Dalam satu kenyataan media, MHA menyatakan keputusan itu dibuat Kementerian Tenaga Manusia selepas berunding dengan MHA.

Menteri Ehwal Dalam Negeri yang juga merangkap portfolio Undang-Undang, K Shanmugam merujuk dua kes aneh itu pada forum Institut Kajian Dasar awal apabila bercakap tentang langkah Singapura terhadap pengganasan.

Beliau menegaskan tidak pernah menggabungkan perkataan “Islam” dan “pengganasan” kerana ia boleh berlaku dalam sebarang agama dan Singapura tidak bertindak “reaksi terburu-buru” terhadap gerakan pengganas global.

“Seperti saya pernah mengharamkan cendekiawan atau pendakwah Muslim ke Singapura, saya baru-baru ini buat perkara yang sama terhadap pendakwah Kristian. Mereka mengeluarkan kenyataan berbentuk Islamofobia.

“Meskipun ia dilaporkan hanya di luar Singapura namun kami mengambil keputusan tegas untuk mengharamkan mereka langsung daripada cuba masuk ke sini,” kata Shanmugam yang dipetik media tempatan semalam.

Salah seorang pendakwah itu menyifatkan Allah sebagai “tuhan yang palsu”, meminta “mereka yang beragama Islam” diberikan hidayah dan merujuk kepada para penganut agama Buddha sebagai “orang Tohuw”.

Ia merupakan perkataan Ibrani yang bermaksud orang “kehilangan, tidak bernyawa, keliru dan tidak beriman”. Mereka cuma boleh diselamatkan dengan menjadi penganut Kristian, menurut MHA dalam satu kenyataan media.

Seorang lagi pendakwah sebelum ini merujuk “kezaliman Islam” serta “niat jahat Islam dan Muhammad” selain berkata Islam “bukan agama yang aman”, “agama yang keliru”, hanya berminat untuk “memerintah dunia”.

Dia juga mendakwa Islam konon “sebuah agama berdasarkan kepada undang-undang yang tidak berkompromi dan zalim serta kerap menumpukan kepada peperangan dan hamba abdi”, tambah kenyataan rasmi MHA.

“Pengajaran sebegitu tidak diterima masyarakat Singapura berbilang kaum dan agama. Pemerintah tidak akan benar pendakwah mana-mana agama memburukkan atau menyebarkan niat jahat terhadap agama lain,” jelas MHA.

“Ini demi melindungi keharmonian dan perpaduan masyarakat dibina sejak kemerdekaan Singapura.” Untuk rekod, warga asing yang ingin berceramah di Singapura berkaitan agama, kaum atau politik perlu mendapatkan MWP.

Semasa forum tersebut, Shanmugam juga berkata bahawa Singapura sedang mempertimbangkan untuk mengukuhkan Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd