• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Laksana Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan melaksanakan ‘Misi Kemanusiaan untuk Rohingya’, misi bantuan bersepadu bagi membekal keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan untuk menghantar misi kemanusiaan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Misi diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendukung semangat ‘Negaraku Prihatin’ merupakan manifestasi bantahan Malaysia sekeras-kerasnya terhadap penindasan berterusan pasukan keselamatan Myanmar terhadap komuniti Rohingya.

“Misi yang disokong oleh badan sukarelawan iM4U ini telah memulakan operasi dan bersedia untuk bertolak Sabtu ini bagi meninjau serta menilai keadaan sebenar di kem-kem pelarian tersebut.

“Ia seterusnya bakal menyaksikan penghantaran bantuan keperluan yang diuruskan secara komprehensif oleh Malaysia Airlines dan akan diedarkan oleh pasukan sukarelawan rakyat Malaysia yang tampil daripada pelbagai pertubuhan melalui kerjasama Malindo Air,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan bantuan dapat dihulurkan secara lebih efektif, perbincangan akan turut diadakan bagi rancangan menempatkan sebuah hospital tentera di daerah itu dengan persetujuan lanjut oleh pihak berkuasa Bangladesh.

Sebagai komuniti ASEAN yang berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat, Malaysia menggesa kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan kemelut berlaku berpandukan prinsip perlindungan hak asasi manusia.

Ia termaktub dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN serta resolusi yang dicapai melalui Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Januari lepas.

“Melalui bantuan kemanusiaan ini, hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Bangladesh dijangka meningkat untuk kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu.

Melalui kenyataan itu, Najib menyeru rakyat untuk bersatu hati menjayakan misi berkenaan dengan memberikan bantuan secara kolektif dan berkesan melalui saluran rasmi yang akan diumumkan kelak.

“Misi ini juga diharapkan dapat membawa hasrat seluruh rakyat Malaysia dan menjulang semangat ‘Negaraku Prihatin’ berlandaskan hak keamanan bagi setiap insan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Isu Rohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Kesal Suu Kyi Abai Isu Rohingya

19/10/2018
0

BRUSSELS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar Aung San...

Selesai Isu Pelarian Rohingya Elak Direkrut Daesh

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Isu pelarian Rohingya perlu ditangani segera kerana mereka berpotensi direkrut sebagai pejuang pengganas Daesh termasuk mereka yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd