• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yeat Sew Choung Penasihat Khas Malaysia-China

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi, Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Yeat Sew Chuong sebagai Penasihat Khas (Hubungan Malaysia-China) kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, hubungan diplomatik antara Malaysia dan China khususnya dalam bidang politik dan ekonomi semakin penting dan perlu diperkukuhkan dan ia terserlah melalui penglibatan Malaysia dalam inisiatif China “Belt and Road” yang diilhamkan Presiden Xi Jinping.

“Sebagai mantan Perdana Menteri dan bekas Menteri Luar, Abdullah juga sangat aktif dalam ‘diplomasi sivil’ melalui lawatan ke China dan menyertai forum antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Abdullah juga merupakan Ahli Lembaga kepada Boao Forum for Asia (BFA) dan Pengerusi bersama bagi Ekspo Antarabangsa China-Arab yang berpusat di Ningxia, katanya.

Yeat, 48, seorang usahawan dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perniagaan, telah menjalankan aktiviti perniagaan di China selama 26 tahun, dan berkhidmat sebagai Pengerusi ‘World Chinese Economic Forum’ selama lapan tahun berturut-turut.

Yeat, yang merupakan Pengerusi Eksekutif GD Holdings yang diasaskannya, sentiasa menjadi penghubung dan perantara bagi membantu mempromosikan pembangunan ekonomi negara China dan mengukuhkan pertukaran ekonomi dan budaya antara negara China dan seluruh dunia, terutama di Malaysia.

Pada tahun 2014, Yeat bertemu dengan Naib Presiden China, Li Yuanchao di Chongqing dan Li meminta beliau supaya terus memainkan peranannya secara aktif.

Beliau juga telah dilantik oleh Kerajaan Foshan di China sebagai Pengarah Eksekutif Persatuan Pertukaran Luar Negara Foshan, Penasihat Pelaburan Luar Negara Foshan, Penasihat Kehormat Persatuan Mesra Luar Negera Foshan dan Presiden Dewan Perniagaan Foshan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Yeat Sew Choung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd