• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amy Gementar Sertai Super Spontan Superstar

oleh AK-47
09/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROGRAM Super Spontan Superstar 2017 bakal membuka tirainya pada esok hari. Untuk musim kali ini ia menampilkan ramai pelawak tanah air yang bakal beraksi.

Nama Amy Mastura antara peserta yang akan berentap dalam program lawak santai ini. Dia yang dijangka menyertai kumpulan King Musang mengakui berasa risau dan gementar untuk membuat persembahan.

“Secara jujurnya saya memang rasa kurang yakin dengan diri saya sendiri, rasa gementar apabila memikirkan persembahan yang akan dilakukan nanti.

“Bukan apa, saya jenis yang ‘blur’ dan perkara yang menjadi kerisauan utama adalah jika saya lambat tangkap atau mahir dengan permainan yang diberikan,” katanya dipetik laporan Astro Gempak.

Kak Yong Shanana 😗😗😗 . All The Best kakak @amymasturalerr . #superspontan2017 #SuperSpontanSuperstar #superspontanAmyMastura #AMFCselamanya #AMFCselamanyaPOWER #BeeArmy from @astrogempak – #AMY Mastura #KingMusang mau serang! #SuperSpontanSuperstar 2017 .Mulai 8.9.2017 setiap jumaat jam 10 malam. Astro Warna & Warna HD. @amymasturalerr

A post shared by elfesh269 ©™ (@potts_blackswan) on Sep 7, 2017 at 2:14am PDT

Mana taknya, program lawak seperti ini merupakan program pertama yang disertai penyanyi lagu Bintang Hati ini.

Menurutnya, para peserta yang bertanding hebat-hebat belaka dan berlatar belakang banyak program realiti yang mengetengahkan lawak sebagai subjek utama.

“Permainan yang spontan memang memerlukan minda yang cergas, mereka juga perlu cepat ‘pick up’ dengan keadaan sekeliling yang berlaku.

“Kata-kata yang diberikan oleh pihak lawan juga perlu dibalas dengan cepat dan secara spontan, sebab itu saya sangat kagum dengan para peserta program ini,” ujarnya.

Untuk musim 2017 ini, dua kumpulan iaitu kumpulan King Musang dan kumpulan Tenggiling Taiko akan berentap.

Kumpulan King Musang dianggotai oleh Amy Mastura, Shuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz dan diketuai oleh Shuib Sepahtu.

Manakala Kumpulan Tenggiling Taiko pula dianggotai oleh Achey (ketua kumpulan), Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Daniel, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Program ini akan bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, Selangor dan akan dipancarkan di saluran Astro Warna dan Astro Warna HD.

Jadi, jangan lupa saksikan artis kegemaran anda beraksi pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on Aug 29, 2017 at 2:27am PDT

Tags: amy masturaastroSuper Spontan Superstar 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penonton Astro Melonjak Semasa PKP

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30...

Perlawanan MU Tidak Disiar Di Saluran Kartun

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United!  Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu tidak akan disiarkan menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd