• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janna Dan Fattah Artis Paling Mahal Di Malaysia!

oleh
07/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKAT lakonan pelakon zaman kini kadang-kala hanya dinilai bersandarkan wajah yang tampan atau cantik.

Tapi,bukan semua ya! Tak dinafikan ramai artis tempatan memang mempunyai bakat yang besar dalam dunia lakonan.

Meskipun sering dilabel sebagai ‘pelakon kayu’, Fattah Amin tetap menjadi pilihan para pengarah yang sedang mengintai bagi menjadikannya sebagai watak utama.

Khabarnya, Fattah Amin sekarang sudah masuk dalam kategori artis paling mahal.

Bukan sahaja Fattah, tetapi Janna Nick juga turut tersenarai sebagai artis termahal oleh pengarah popular, Micheal Ang.

Baca: Fattah Tak Boleh Berjemur, Nabil Pula Kena Kecam

Dalam satu sesi live di akaun Instagram miliknya, ada seorang netizen menanyakan kepada Micheal tentang siapakah artis Malaysia yang sering dibayar mahal untuk setiap lakonan.

“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal… Aaron mahal, Fattah mahal, Janna mahal, Erra Fazira pun mahal.

“Semua artis-artis A tu mahal… Kalau tak mahal, takkan A diorang tu,” kata Micheal di dalam video live tersebut.

Video itu telah dimuat naik oleh satu akaun Instagram peminat Fattah dan Fazura atau lebih dikenali sebagai ‘Fattzura’.

Malah Janna dan Fattah semakin meletup selepas digandingkan di dalam drama adaptasi daripada drama Korea, Coffee Prince.

Janna kini berimej rambut pendek kerana tuntutan watak di dalam drama tersebut membuatkan dia mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, bila berambut panjang dia nampak sangat cantik. Bila berambut pendek pula, nampak sangat kacak! Aduhh Janna…

Pada awalnya bakat lakonan Janna ini telah digilap oleh pengarah yang kini sudah menjadi seperti ibunya sendiri iaitu Sheila Rusly menerusi drama Syurga Nur.

Manakala Fattah mula menyertai dunia seni sejak mendapat gelaran Juara bagi pertandingan Hero Remaja pada tahun 2011/2012.

Kemudian, bakatnya dalam bidang lakonan mendapat perhatian apabila dia disunting menajadi pelakon utama dalam drama Playboy Itu Suami Aku pada tahun 2013 yang lalu.

Kini, namanya semakin gah setelah digandingkan bersama dengan Neelofa menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot yang mencetuskan fenomena luar biasa.

Auranya juga semakin menjadi-jadi apabila Fattah bergandingan pula dengan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Patutlah Fattah sekarang selalu muncul di kaca televisyen. Yelah, kalau buat drama yang banyak episod,sudah tentu dia dibayar dengan harga yang tinggi!

Apa pun semoga industri filem tanah air kita ini dikenali dengan kualiti yang tersendiri, baik dari segi isi drama tersebut atau mutu lakonan yang ditonjolkan pemainnya.

Takkan nak orang luar label drama tempatan kita ni sebagai tangkap muat je kan. Jual muka pelakon popular, tapi bakat biasa-biasa je. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Fattah AminJanna Nick
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd