• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Buka Pengambilan 253 Pegawai Bantuan

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kini membuka permohonan bagi pengambilan 253 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bagi mengisi kekosongan jawatan termasuk di beberapa balai bomba baharu.

Pengarahnya Nazili Mahmood berkata permohonan dibuka bermula hari ini hingga 20 Sept dan borang permohonan boleh didapati di mana-mana balai bomba di seluruh negeri ataupun membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang www.bomba.gov.my.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Peserta Kawad Kecekapan JBPM Kelantan yang akan bertanding di Wakaf Tapai, Terengganu pada 10 hingga 15 Sept ini, Nazili berkata perjawatan akan diisi menerusi tiga fasa bermula bulan ini hingga 2019.

Tawaran adalah terbuka bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi kriteria termasuk bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau mana-mana Skim Sukarelawan, mempunyai penglihatan, pendengaran yang baik dan tidak cacat, kelayakan akademik minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta tinggi minimum 157 sentimeter (sm) bagi lelaki dan 153sm bagi wanita.

Katanya p​​engambilan fasa pertama akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Kuala Krai, Tumpat, Bachok dan Tunjung, manakala fasa kedua pada tahun depan membabitkan kekosongan di Kota Bharu, Ketereh, Pengkalan Chepa serta tiga BBP baharu iaitu Wakaf Bharu (Tumpat), Sungai Durian (Kuala Krai) dan Tok Bali (Pasir Puteh).

“Bagi fasa ketiga pada 2019 pula membabitkan kekosongan di Pengkalan Kubor (Tumpat), Jeli, Rantau Panjang (Pasir Mas), Tanah Merah, Kota Darul Naim (Kota Bharu) dan Dabong (Kuala Krai),” katanya.

“Kita mengutamakan pemohon yang tinggal dalam lingkungan 25 kilometer dari balai bomba terlibat bagi memudahkan segala urusan.

“Kesemua yang terpilih akan menjalani latihan sepertimana pegawai berjawatan tetap dan berpeluang diserapkan ke jawatan tetap malah amat berguna bagi jawatan di sektor swasta kerana mempunyai ilmu kebombaan,” katanya.

Nazili berkata individu yang terpilih bakal menikmati kadar elaun sebanyak RM6 sejam, perlindungan insurans, pakaian seragam disediakan dan akan ditugaskan secara syif. – BERNAMA

Tags: JBPM Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd