• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Ada Kunci Pendua, Gari Bolos

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang tahanan yang dipercayai mempunyai kunci pendua gari melarikan diri dari Kompleks Mahkamah George town di sini petang semalam.

Hasil siasatan polis mendapati lelaki terbabit dikenali sebagai Khairul Nizam Abdullah Sani dan seorang rakannya menggunakan kunci pendua untuk buka gari berantai yang dikenakan pada mereka bersama 27 tahanan lain.

Bagaimanapun, rakan lelaki terbabit berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi mereka melarikan diri manakala Khairul Nizam, 33, masih lagi diburu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata Khairul Nizam dipercayai melarikan diri ketika diiring masuk ke trak polis bersama tahanan lain, kira-kira pukul 5.20 petang Rabu.

“Semua 29 tertuduh itu digari dengan tiga set gari berantai, namun kedua-dua mereka dipercayai mempunyai kunci pendua untuk membuka gari berkenaan.

“Hasil siasatan ke atas semua tahanan mendapati, Khairul Nizam buang kunci pendua itu ke dalam longkang dan apabila kita jumpa kunci itu, ia adalah berlainan dengan kunci polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, polis melancarkan Op Tutup bagi mengesan tertuduh yang berasal dari Jalan Siam, di sini. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran. – BH Online

Tags: mahkamahTahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd