• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doping: Tunggu Jawapan Atlet Sukan SEA 2017

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Perubatan dan Antidoping Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) masih menunggu respons daripada seorang atlet dari luar negara yang didapati positif menggunakan dadah terlarang semasa temasya dwitahunan itu, bulan lepas.

Pengerusinya, Datuk Dr S.S. Cheema berkata atlet berkenaan, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) negara berkenaan, Pertubuhan Antidoping Kebangsaan (NADO), Agensi Antidoping Dunia (WADA) dan persekutuan sukan antarabangsa berkaitan telah dimaklumkan mengenai perkara itu minggu lepas.

“Kami masih menunggu jawapan daripada atlet berkenaan sebelum tindakan susulan diambil. Kami telah menghantar surat menerusi e-mel dan pos…kini terpulang ke atlet berkenaan sama ada mencabar sampel ujian B atau sebaliknya,”katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima keputusan ujian doping menerusi e-mel daripada makmal di New Delhi pada 28 Ogos lepas, pihaknya telah berbincang dan mendapati tiada penggunaan ‘Therapeutic Use Exemption’ (TUE) daripada atlet berkenaan.

“Oleh itu tidak ada justifikasi untuk atlet berkenaan menggunakan bahan terlarang,” katanya.

Menurut kod WADA, atlet boleh mengguna pakai TUE untuk mengambil bahan di bawah senarai bahan terlarang sekiranya mereka memerlukan bahan berkenaan untuk tujuan rawatan penyakit atau kecederaan.

Dr Cheema, yang sebelum ini mengesahkan seorang pemenang pingat pada KL2017 telah gagal ujian doping, bagaimanapun tidak mendedahkan jenis bahan terlarang digunakan, identiti atlet mahupun jenis sukan kerana ia bertentangan dengan protokol ujian doping.

Beliau berkata pendengaran kes atlet berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Skype memandangkan atlet berkenaan dan panel adalah daripada pelbagai negara sebelum sebarang bentuk penggantungan mahupun tindakan diambil.

Katanya, daripada 804 ujian air kencing dan 32 sampel darah diambil untuk ujian doping, jawatankuasa tersebut setakat ini telah menerima lebih 50 peratus keputusan ujian yang diambil.

“Kami masih menerima keputusan makmal setiap hari dan akan membuat laporan penuh sebaik sahaja menerima kesemua keputusan…saya berharap tiada lagi kes positif selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr S.S. CheemaDoping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

09/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024...

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd