• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIDC Jalin Kerjasama IPT Semai Tadbir Urus Korporat

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Cabang latihan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyemai amalan tadbir urus korporat yang baik dalam kalangan generasi muda.

Pengarah Pembangunan Profesional SIDC, Prof Salleh Hassan berkata perbadanan itu akan memperkenalkan​​​​​​ modul tadbir urus korporat bagi IPT berkenaan.

“Kami akan berbincang dengan pihak IPT, mengenal pasti amalan tadbir urus korporat sedia ada mereka dan bagaimana kami boleh menggabungkan modul yang kami ada.

“Ini termasuk kemungkinan mewujudkan mata pelajaran subjektif untuk penuntut daripada pelbagai bidang pengajian, tidak hanya kepada mereka yang belajar pengajian perniagaan sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

SC sedang menjalankan jelajah siri terakhir, di seluruh negara, untuk memperjelaskan kepada industri mengenai Kod Tabir Urus Korporat Malaysia (MCCG) baharu, semakan terkini yang dikeluarkan pada 26 April, 2017.

Salleh berkata, kerjasama dengan pihak IPT itu dijangka bermula dalam tempoh tiga tahun.

MCCG yang telah disemak semula itu mengandungi pengenalan amalan ‘Peningkatan’ (Step Up) untukmenggalakkan syarikat berusaha dalam mencapai kecemerlangan korporat.

Ia juga mengandungi pendekatan ‘Faham, Laksana dan Lapor’ untuk menggalakkan syarikat​​​​​​​ tersenarai​​​​​​memikir dan mempertimbangkan lebih mendalam semasa menerima pakai dan melaporkan ​​​​​​​amalan tadbir urus korporat masing-masing. – BERNAMA

Tags: Prof Salleh Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd