• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tangani Isu Rohingya Di Pentas PBB, OIC

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus menangani isu membabitkan minoriti Islam Rohingya di Myanmar tidak lama lagi, di pentas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menghentikan usahanya dalam mencari segala langkah untuk menghentikan keganasan yang semakin memuncak terhadap minoriti Islam Rohingya di negeri Rakhine selepas ASEAN gagal menangani isu itu dengan berkesan.

“Saya berpendapat ASEAN tidak lagi dapat menangani isu ini. Dalam ASEAN, saya tidak lagi menaruh harapan. Kami mengadakan tujuh mesyuarat, dan Malaysia telah menyuarakan kebimbangan kita kepada Myanmar dan mereka (Myanmar) berjanji untuk menangani kebimbangan itu.

“Sehingga hari ini, tiada apa pun yang dilakukan. Oleh itu, Malaysia mungkin membangkitkan perkara ini di peringkat yang lain, misalnya PBB dan OIC,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan membangkitkan isu keganasan yang berterusan diperlakukan ke atas Rohingya, pada Perhimpunan Agung PBB bulan ini.

Anifah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Brazil, Aloysio Nunes, yang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia bermula semalam, di Wisma Putra di sini hari ini.

​​​​​​​Semalam, Wisma Putra memanggil Duta Myanmar di Malaysia, U Sein Oo untuk menyuarakan rasa kurang senang Malaysia berhubung situasi keganasan terkini di negeri Rakhine.

Anifah dalam kenyataannya semalam, dipetik sebagai berkata Malaysia amat bimbang dengan keganasan berterusan yang diperlakukan terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Mengenai lawatan Nunes, Anifah berkata Brazil berminat untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Malaysia dan mempelawa syarikat petroleum negara Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), untuk melabur dalam industri minyak dan gas di Brazil.

Pada awal Ogos, Petronas adalah antara kumpulan pertama 14 syarikat yang diluluskan oleh jawatankuasa pelesenan Brazil. Jawatankuasa kawal selia hidrokarbon Brazil, meluluskan kumpulan pertama syarikat menjelang pusingan pelesenan bagi konsesi minyak dan gas negara berkenaan kali ke-14, yang dijadual pada 27 September.

Brazil dilaporkan merupakan satu daripada pemilik utama rizab hidrokarbon dunia, dengan kira-kira 145 bilion tong rizab minyak.
​​​​​​​
“Pertemuan kami sangat baik dan sudah tentulah, Malaysia dan Brazil berkongsi hubungan yang baik. Bagaimanapun, ia tidak dicerminkan dalam perdagangan dan pelaburan. Justeru, Brazil sememangnya mencari peluang yang ada di Malaysia, selain berminat untuk bekerjasama dengan ASEAN.

“Mereka menghormati Petronas. Perdagangan dan pelaburan Brazil masih dianggap rendah apabila dibandingkan dengan sumber yang Malaysia ada,” katanya.

Dalam pertemuan 30 minit itu, Anifah dan Nunes turut membincangkan perkara berkaitan isu dua hala, serantau dan antarabangsa termasuk lawatan peringkat tertinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Brazil.

Anifah kemudian menganjurkan majlis jamuan tengah hari bagi meraikan Nunes dan lima anggota delegasinya.

Dalam kenyataan semalam, Wisma Putra berkata sejak hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin pada 1959,hubungan dua hala Malaysia–Brazil terus kukuh dan menikmati kerjasama yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Tahun lepas, perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah US$2.73 bilion (US$1=RM4.26) berbanding US$2.52 bilion (RM10.7 bilion) pada 2015. – BERNAMA

Tags: Isu Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Kesal Suu Kyi Abai Isu Rohingya

19/10/2018
0

BRUSSELS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar Aung San...

Selesai Isu Pelarian Rohingya Elak Direkrut Daesh

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Isu pelarian Rohingya perlu ditangani segera kerana mereka berpotensi direkrut sebagai pejuang pengganas Daesh termasuk mereka yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd