• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambulans Dirempuh Kereta Enggan Henti Di Simpang

oleh
06/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Akibat penting diri, sebuah ambulans dalam perjalanan untuk ambil pesakit dilanggar sebuah kereta yang enggan berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Rabu itu, ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta  yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang dilaporkan dalam perjalanan ke Taman Merak dekat Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebuah kereta yang datang dari arah kiri tidak memberi laluan kepada ambulans itu dan bertindak merempuhnya.

Menurut beliau, ekoran rempuhan kuat itu menyebabkan ambulans berkenaan terbabas dan kemudian melanggar pula sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat arah bertentangan.

“Susulan daripada rempuhan dahsyat tersebut, dua buah motosikal yang dilanggar mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan terpaksa pula dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan susulan.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 kerana melanggar lampu isyarat,” kata Nik Ros Azhan. Kejadian itu turut dirakam oleh pengguna kereta yang menggunakan kamera papan pemuka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ambulans
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

Padah Ekori Ambulans, Lelaki Ditahan Pandu Kereta Berbahaya

Padah Ekori Ambulans, Lelaki Ditahan Pandu Kereta Berbahaya

03/12/2024
0

SHAH ALAM: Pemandu sebuah kereta ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan berbahaya dengan mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd