• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Awan Arcus Gambar Lama, Apa Motif Kembali Disebar?

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYEBARAN gambar fenomena awan arcus di Selatan Thailand sejak akhir-akhir ini, berjaya mendatangkan perasaan gerun orang ramai.

Bagi yang belum pernah melihat gambar tersebut ia tentu akan dikaitkan dengan cuaca buruk yang sedang melanda negara sekarang, hingga membawa kepada musibah banjir besar.

(BACA: Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand)

Seperti diketahui umum, beberapa negeri di tanah air kini sedang bergelut dengan bencana banjir malah di sesetengah tempat, ia mencatat sejarah sebagai bencana terbesar sejak sekian lama.

Bukan sahaja mangsa banjir, malah anggota keluarga dan waris mangsa berada dalam keadaan tak senang duduk memikirkan keselamatan orang tersayang yang berada jauh di kawasan terjejas banjir tanpa dapat dihubungi.

Justeru bila disebarkan gambar fenomena awan arcus di Selatan Thailand yang begitu dahsyat rupanya, sedikit sebanyak sudah tentu ia mengecutkan perut mangsa banjir dan keluarga mereka terutama yang tinggal di sempadan Thailand seperti di Pantai Timur dan Utara Malaysia.

Persoalannya, ini adalah gambar lama dan apa tujuannya ia disebarkan semula saat cuaca buruk sekarang?

(BACA JUGA: Tak Ada Hati Perut! Sebar Fitnah Mayat Bergelimpangan)

Seharusnya pada waktu kini, kita semua prihatin kepada mangsa banjir dan menggembleng usaha membantu meringankan beban mereka dan bukannya mencetus lagi ketakutan sedia ada.

Jadi kepada semua mangsa banjir dan waris keluarga mereka, usah gusar, itu adalah gambar lama.

Kebanyakan rakyat Malaysia prihatin dengan kesusahan anda sekarang dan bantuan sedang diusahakan.

Seperti tahun sebelumnya musim tengkujuh pasti berlalu tak lama lagi dan musibah tahun ini diharapkan beri banyak iktibar kepada semua pihak terutama membabitkan persediaan paling rapi bila menjelang hujung tahun. – MYNEWSHUB.CC

Share199Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

09/10/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat dua kemenangan bergaya dalam tempoh dua hari berturut-turut...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd