• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benarkah Minggu Orientasi UiTM Cemar Nama Universiti?

oleh
07/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANDANGKAN sekarang ni sedang musim kemasukan pelajar baharu setiap universiti awam, menjadi adat sebagai penuntut baharu, pastinya akan ada minggu orientasi bagi semua freshie.

Namun betul ke minggu orientasi ni orang panggil sebagai ‘hectic week’? Ye lah, dalam seminggu tu juga lah pelajar baru perlu fasih dengan setiap selok belok bangunan universiti.

Dekat mana kelas, dekat mana bangunan fakulti, dekat mana kafe, dekat mana pejabat HEP dan banyak lagi.

Mungkin ada yang masih ingat tentang isu ‘dera’ pelajar baru yang terjadi di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Puncak Alam beberapa ketika lalu pada minggu orientasi UiTM yang dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS).

Tapi, tahu tak yang ada sesetengah pihak atau netizen yang menggelar MDS ini sebagai Minggu Dera Siswa. Mana tidaknya, semua benda nak kena cepat dan pantas.

Malah tagline yang mereka gunakan sewaktu MDS ialah ‘Pantas siswa/i pantas!’. Tetapi benarkah minggu orientasi ini memberi impak yang negatif kepada pelajar dan tidak mencerminkan tahap univeriti ini?

Atau sebenarnya salah itu adalah semata pada para fasilitator yang konon berkuasa? Atau sebenarnya tiada isu, cuma pelajar baharu yang ‘manja’ tak boleh buat itu ini?

Selaku pengguna Twitter yang sentiasa membincangkan isu yang sedang tular, Asrul Muzaffar sekali lagi mempersoalkan aktiviti MDS dianjurkan pelajar senior UiTM.

Malah, dia sempat memberi pesan kepada pelajar yang baru mendaftar masuk, yang mana jika berlaku aktiviti tak sepatutnya terjadi ketika minggu orientasi, mereka boleh melaporkan kepada dirinya.

Dia juga bantah beberapa kejadian ‘dera’ sewaktu minggu orientasi MDS apabila ada senior panggil junior dengan panggilan ‘anjing’, paksa junior minta tandatangan senior, berjalan itik, mandi longkang dan banyak lagi perkara negatif.

Jadi adakah aktiviti seperti itu dikatakan tidak relevan untuk penuntut universiti? Atau ianya sekadar suka-suka sebagai sesi suai kenal dan membiasakan diri dengan persekitaran baharu?

Tapi jika dilihatkan pada respon netizen di Twitter tentang isu yang dibangkitkan oleh Asrul itu, nampak macam ramai yang tak puas hati dengan aktiviti MDS yang diaturkan oleh para fasilitator sesetengah UiTM.

Sebenarnya isu seperti ini bukan sahaja berlaku ketika minggu orientasi ketika di UiTM sahaja. Malah ia juga berlaku di semua universiti atau kolej tempatan.

Tapi ia tidak diperbesarkan seperti apa yang terjadi di UiTM. Mungkin kerana UiTM merupakan universiti tumpuan, jadi masalah cuma dilihat di UiTM sahaja.

Asrul juga ada memuat naik satu lagi tweet bergambar menunjukkan respon mengenai minggu orientasi IPTA daripada pelajar baharu serta beberapa lagi pihak yang berkenaan.

Ada juga yang mempersoalkan keperluan untuk membuat roll call malam. Bukan kah waktu malam itu ialah waktu rehat untuk semua pelajar baru memandangkan mereka akan memulakan aktiviti di awal pagi keesokannya?

Atau jika perlu dibuat sesi ‘brain wash’ itu jika berlaku sebarang masalah disiplin yang dilakukan oleh para pelajar sendiri.

Malah ada juga pelajar yang mengadu bahawa waktu solat yang diberikan hanya selama 10 minit, Bayangkan pelajar yang mendaftar ialah seramai hampir 1,000 lebih pelajar. Jadi cukupkah 10 minit yang diberikan untuk solat?

Malah mereka disuruh untuk segera solat agar tidak membuang masa terhadap aktiviti yang sudah dirancangkan.

Sebenarnya minggu orienatsi ni sepatutnya menjadi minggu yang akan menjadi kenangan kepada semua pelajar baru. Yang mana akan dijadikan contoh minggu orientasi yang terbaik kepada batch yang lain.

Di situlah mereka akan mengenali rakan baharu, biasakan diri dengan persekitaran yang baharu dan mulakan hidup yang baharu sebagai siswazah universiti.

Jadi perkara seperti ‘penderaan minggu orientasi’ ini sebenarnya tidak wajar berlaku walau di IPTA mahupun IPTS. Jangan sampai bila habis saja minggu orientasi, junior akan bermusuh dengan fasilitator yang mengendalikan minggu orientasi itu.

Mungkin selepas ini semua fasilitator di setiap IPTA atau IPTS akan memperbaiki cara pengendalian minggu orientasi yang akan datang. Jangan kerana salah fasi, universiti atau kolej yang dapat malu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Minggu Destini SiswaUniversiti Teknologi Mara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Koir UiTM Raih 3 Emas, Muncul Juara Antarabangsa

04/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai juara Pertandingan Koir...

Gagal Bayar Kos Bicara RM8,000, UiTM Nyaris Disita

17/01/2018
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan tindakan sita terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) selama empat hari selepas institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd