• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Setuju Myanmar Rujuk Rohingya Sebagai Benggali

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Thailand bersetuju dengan permintaan Myanmar untuk merujuk kumpulan minoriti Rohingya di negara jiran itu sebagai Benggali, menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan hari ini.

Permintaan itu dibuat oleh Myanmar semasa lawatan Pemerintah Tertingginya, Jeneral Min Aung Hlaing ke Bangkok untuk mesyuarat Jawatankuasa peringkat Tinggi (HLC) minggu lepas.

“Mereka meminta kami memanggil (merujuk) komuniti (Rohingya) sebagai Benggali,” kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan Thailand berhubung permintaan Myanmar.

Ketika ditanya sama ada kerajaan Myanmar memberitahu sebab bagi membuat permintaan itu, Prawit yang juga Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu dan cuma berkata, “Itu alasan mereka, bagaimana saya tahu.”

Komuniti Rohingya menentang sebarang percubaan terutama dari kerajaan Naypyidaw untuk memanggil mereka Benggali, yang merujuk kumpulan minoriti itu sebagai pendatang dari Bangladesh.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka sudah tinggal lama di Myanmar sejak beberapa generasi malah turut membantu dalam proses tuntutan kemerdekaan negara itu daripada penjajah British.

Aung Hlaing, yang mengepalai “Tatmadaw” atau tentera Myanmar seperti dikenali berada di Thailand minggu lepas untuk menghadiri mesyuarat HLC antara kedua-dua angkatan tentera, menurut laporan media tempatan.

Semasa di Thailand, beliau juga bertemu Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan memberi taklimat mengenai situasi terkini di Negeri Rakhine, ketika mesyuarat tersebut beberapa hari lalu.

Aung Hlaing melakukan lawatan ke Thailand ketika insiden mengenai keganasan terbaharu di Rakhine meningkat dan menurut laporan keganasan itu menyebabkan pelarian termasuk ribuan pelarian wanita dan kanak-kanak menyeberangi sempadan untuk berlindung di kem-kem pelarian dekat sempadan Myanmar-Bangladesh.

“Tatmadaw” yang mempunyai mempunyai pengaruh kuat ke atas kerajaan Naypyidaw telah dipersalahkan bagi kekejaman ke atas masyarakat Rohingya.

Sementara itu, Prawit berkata beliau yakin bahawa pelarian Rohingya tidak akan menyeberangi sempadan Thailand untuk melarikan diri daripada keganasan terbaharu tetapi sebaliknya memasuki sempadan Bangladesh. – BERNAMA

Tags: MyanmarRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd