• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketumbuhan Peti Suara Tak Halang Bob Di AF Megastar

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Konsert AF Megastar Homecoming membuka tirainya Ahad lalu, nama Bob sering disebut-sebut dalam kalangan netizen.

Mana taknya, persembahan yang berjaya mencuri perhatian penonton itu juga mendapat pujian daripada komposer terkenal, Ramli MS sendiri.

Namun, ramai yang tidak mengetahui, kesihatan peserta Akademi Fantasia musim ke-2 ini tidak begitu baik sejak Disember tahun lalu.

Khabarnya, Bob mengalami penyakit Nodule iaitu ketumbuhan kecil di kawasan peti simpanan suara dan mengakibatkan suaranya sedikit terganggu.

Walaupun belum pulih sepenuhnya, penyanyi ini boleh menyampaikan lagu Bukan Cinta Biasa dengan begitu baik sehingga mendapat pujian daripada para juri.

“Mulanya terkejut apabila doktor maklumkan ia penyakit berkaitan peti suara dan terpaksa menjalani rawatan sehingga Jun lalu.

“Saya hanya makan ubat hospital dan mujurlah doktor memberitahu tidak perlu menjalani pembedahan kerana ia masih boleh dikawal.

“Sepanjang proses rawatan saya terpaksa mengurangkan undangan nyanyian bagi memastikan ia benar-benar pulih,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop berkata, dia perlu menjalani rawatan lanjut daripada pakar walaupun suaranya beransur pulih.

“Sekarang ini saya boleh katakan sudah sembuh 90 peratus, tapi kadang-kadang sakit itu datang lagi.

“Saya masih bertemu dengan pakar untuk rawatan susulan dan memerlukan latihan suara yang lebih kerap selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Terhalang ini menyatakan pilihan lagu yang disampaikan menerusi Konsert AF Megastar minggu lalu ditentukan oleh pihak produksi mengikut tema mingguan.

“Kami menyenaraikan beberapa buah lagu dan pihak produksi yang menentukan lagu yang bersesuaian dinyanyikan oleh peserta.

“Sebagai penyanyi, saya tidak kisah apa juga genre lagu diberikan dan akan cuba menyampaikan seikhlas hati.

“Jika terpilih menjadi 12 peserta AF Megastar, saya akan memperkemaskan lagi persembahan nyanyian dan menggunakan peluang ini sebaiknya,” tambahnya.

Konsert AF Megastar akan menampilkan 12 peserta terbaik dari konsert saringan yang dibuat pada dua minggu pertama menerusi Konsert AF Megastar Homecoming.

Pada minggu ini, 12 lagi peserta akan berentap dan keputusan peserta yang bakal terpilih ke Konsert AF Megastar juga akan diumumkan pada malam tersebut.

Diharapkan kesihatan Bob semakin baik dan mampu mengubat rindu buat peminat-peminatnya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: AF MegastarBob AF 2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Super Duper Talent! Idayu Tiru 30 Suara Artis Terkenal

15/02/2025
0

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob berjaya meniru kira-kira 30 suara penyanyi terkenal tempatan...

Shahir Sunting Erra Fazira Awal Tahun Hadapan

23/10/2017
0

NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di ruangan gosip selepas satu demi satu cerita hangat dikaitkan dengannya. Bermula dengan kontroversi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd