• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 1.2% Menjadi Pengikrar Penderma Organ

oleh Ahmad Albab
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya 1.2 peratus daripada 32 juta rakyat negara ini menjadi pengikrar penderma organ sejak 1997 hingga Julai tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye hari ini.

Beliau berkata peratusan itu mewakili 393,221 orang dengan purata sekitar 35,000 orang berdaftar sebagai pengikrar setiap tahun.

“Pada tahun ini, kita menyasarkan lebih 51,000 orang mendaftar sebagai penderma organ sekali gus menyamai rekod pencapaian tertinggi jumlah pengikrar pada 2015,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan pada Oktober depan, pelbagai program akan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung pendermaan organ.

Antaranya ialah acara larian “Let’s Save Lives – 6KM Fun Run, Walk and Jog” akan diadakan pada 8 Okt di Presint 2, Putrajaya selain kempen jalanan, ceramah, ceramah agama dan pameran yang bakal dianjurkan di seluruh negara, katanya.

Beliau berkata program ‘Jom Bincang-Let’s Talk’ juga akan diadakan melibatkan sukarelawan dan pengikrar serta waris bagi menjadikan pendermaan organ suatu kebiasaan di negara ini. – BERNAMA

Tags: penderma organTan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd