• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ada Yang Tak Sesuai Sertai AF Megastar” – Ramli MS

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM menyaksikan pembuka tirai Konsert AF Megastar Homecoming dengan menampilkan 24 peserta dari Akademi Fantasi 1 (AF1) hingga Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

Ramai yang menantikan kemunculan mereka ini lagi-lagi ada di antara mereka yang menyepi selepas berakhirnya penglibatan mereka dalam program tersebut.

Walau bagaimanapun, Datuk Ramli MS selaku juri tetap menyatakan ada di antara mereka yang kurang sesuai untuk berentap di pentas itu.

“Persembahan malam ini ada yang okay dan ada juga yang tidak menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya, mungkin memilih lagu yang kurang sesuai dengan suara mereka.

“Saya tidak mahu menyebut siapa peserta yang kurang menyerlah pada malam ini, namun secara peribadi ada peserta yang saya rasakan kurang sesuai untuk berada di pentas ini,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Semalam, antara nama yang disebut-sebut termasuklah Idayu, Bob dan Amir Jahari kerana persembahan dan lontaran vokal yang memukau. Datuk Ramli MS turut memuji mereka bertiga fokus dengan persembahan masing-masing.

“Secara peribadi, saya mengambil contoh nyanyian Amir Jahari, dia menunjukkan bakat sebenar sebagai anak seni.

“Apabila dia naik pentas, dia seolah-olah membuka satu jalan dalam menunjukkan bakatnya dan dalam hal ini saya tidak mengambil kira tentang nilai komersial yang ada pada dirinya.

“Bob pula menyanyikan lagu yang mudah baginya tapi saya berasakan dia boleh menyampaikan lagu yang lebih mencabar vokalnya selepas ini,” tambahnya.

Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang nyanyian, Ramli mengharapkan peserta yang bertanding menggunakan platform ini untuk menonjolkan bakat dan bukan sekadar mengejar populariti.

“Secara jujurnya, saya mahu peserta yang terpilih menyertai program ini menggunakan platform ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri dan bukan untuk mengejar populariti.

“Kita memberi ruang kepada mereka untuk menyerlahkan semula bakat nyanyian dan gunakanlah peluang ini sebaiknya,” katanya.

Dalam konsert yang berlangsung malam tadi menyaksikan 12 penyanyi berentap iaitu Bob, Ewal, Mila, Adam, Ara, Firman, Zahid, Sufi, Idayu, Amir Jahari, Azhar dan Marsha.

Manakala 12 lagi peserta termasuk Amylea, Shahir, Aril, Rosma, Anding, Adira, Faizal, Indah, Syamel, Amir, Faizul dan Nubhan bakal berentap pada minggu hadapan.

Keputusan 12 nama terakhir yang layak ke Konsert AF Megastar akan diumumkan pada minggu hadapan. Kelainan yang ditonjolkan pada pertandingan ini adalah keputusan 100% terletak di tangan juri. Jadi, seharusnya hanya yang terbaik dalam kalangan terbaik yang bakal terpilih.

Program yang dihoskan oleh Datuk Aznil ini bakal bersiaran selama lapan minggu setiap hari Ahad jam 9 malam dan menampilkan Datuk Ramli MS serta Syafinaz Selamat selaku juri tetap. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: AF MegastarRamli MS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Super Duper Talent! Idayu Tiru 30 Suara Artis Terkenal

15/02/2025
0

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob berjaya meniru kira-kira 30 suara penyanyi terkenal tempatan...

Datin Alyah Rancang Buat Rawatan Kesuburan IVF

03/02/2018
0

DEMI zuriat... Pelantun lagu Kisah Hati, Datin Alyah merancang untuk melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi kesuburan In Vitro Fertilization (IVF)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd