• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taun Ragut 14 Nyawa Di Kem Penempatan Nigeria

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGOS – Sekurang-kurangnya 14 maut di kem penempatan sementara di timur laut Nigeria berikutan wabak taun.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 14 kematian dilaporkan sejak kelmarin dan jumlah keseluruhan kes disyaki taun kekal 186.

Kebanyakan kes kematian dan disyaki taun berlaku di kem penempatan pelarian di Muna Garage, pinggir Maiduguri ibu negara Borno, iaitu kawasan yang menjadi tumpuan utama pemberontak Boko Haram.

Kebanyakan mangsa datang dari daerah berdekatan.

Kerajaan Nigeria dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berusaha meningkatkan kebersihan termasuk menyediakan air bersih dan lebih banyak tandas dalam usaha mengelak kes baharu.

Penduduk di bandar Maiduguri meningkat dua kali ganda sejak konflik dengan Boko Haram bermula lapan tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan dua juta penduduk akibat perpindahan penduduk dari Borno.

Sepanjang perang dengan kumpulan militan, kira-kira 20,000 mangsa terbunuh dan memaksa 2.6 juta penduduk di timur laut negara itu melarikan diri dengan kebanyakan mereka hidup di kem pelarian serba daif. – AFP/BH ONLINE

Tags: NigeriaWabak Taun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

25/01/2023
0

LILONGWE: Kementerian Kesihatan Malawi semalam melaporkan wabak taun di negara berkenaan telah membunuh lebih 1,000 orang ketika negara itu kehabisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd