• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keberadaan Bekas PM Thailand Masih Misteri

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seminggu sudah berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra menghilangkan diri secara tiba-tiba dan kerajaan Thailand belum dapat merungkai misteri mengenai keberadaannya.

Kerajaan termasuk polis dan angkatan tentera masih berusaha untuk mencari jawapan tentang bagaimana beliau dapat melarikan diri dari negara itu.

“Kami masih tidak tahu dengan tepat keberadaan Yingluck,” menurut Timbalan Perdana Menteri, Jen. Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan merangkap menteri bertanggungjawab bagi polis kepada media tempatan baru-baru ini ketika siasatan untuk menjejajaki Yingluck rancak berjalan.

Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu sepatutnya hadir di mahkamah Jumaat lalu untuk mendengar keputusan terhadapnya berhubung tuduhan melakukan kecuaian dalam subsidi beras yang jika sabit kesalahan, Yingluck boleh dipenjarakan sehingga sepuluh tahun.

Ketidakhadiran beliau di mahkamah mencetuskan spekulasi oleh media bahawa beliau telah lari meninggalkan negara itu seperti mengikut jejak abangnya, Thaksin kira-kira sebilan tahun lalu pada 2008 dan kini tinggal dalam buangan.

Sejak Yingluck tidak hadir di mahkamah tujuh hari lalu, media di Thailand tidak henti-henti membuat spekulasi dan teori mengenai keberadaannya.

Spekulasi yang paling hangat ialah Yingluck kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama-sama abangnya yang mempunyai sebuah rumah di kota Timur Tengah itu.

Spekulasi lain memetik sumber-sumber tertinggi di kalangan dalam partinya, Pheu Thai yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu merancang untuk memohon perlindungan di United Kingdom.

Perdana Menteri, Jen. Prayut Chan-o-cha yang melahirkan rasa terkejut terhadap peristiwa yang menyusul berhubung kehilangannya telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk memulakan siasatan untuk mengenal pasti bagaimana beliau dapat melarikan diri dari negara itu.

“Saya sangka beliau akan menunjukkan keberanian untuk hadir di mahkamah,” kata beliau ketika beberapa kumpulan dan aktivis politik di Thailand meningkatkan kritikan ke atas kerajaan kerana gagal menghalang Yingluck daripada melarikan diri.

Kumpulan dan aktivis mahu tindakan tegas diambil jika didapati Yingluck dapat melarikan diri akibat kecuaian para pegawai tertinggi keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Nasional, Jen. Srivara Rangsibrahmanakul yang diamanahkan menjalankan siasatan mengenai kehilangan Yingluck berkata, polis meminta kerjasama daripada enam negara termasuk Kemboja, Singapura dan UAE dalam siasatan.

Phnom Penh menyatakan bahawa Yingluck tidak menyeberang masuk ke sempadannya. Polis Thailand juga telah meminta bantuan daripada Interpol untuk menjejaki bekas perdana menteri itu.

“Polis telah menubuhkan satu pasukan untuk mengesannya dan agensi-agensi berkaitan juga telah memantau dengan rapi pergerakan di sekitar kawasan sempadan. Para pegawai telah diarah mengemukakan laporan setiap lima hari,” kata Srivara.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat Thailand, Jen. Chalermchai Sittisart memberitahu media rancangan Yingluck untuk melarikan diri telah dirancang terlebih dahulu apabila beliau meninggalkan semua telefon dan menukar kereta supaya sukar untuk menjejakinya menggunakan cara sama seperti dilakukan dahulu. – BERNAMA

Tags: PM ThailandYingluck Shinawatra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Otak Wanita Adalah Lebih Aktif Daripada Lelaki

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Selat Sunda

Related Posts

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

15/12/2024
0

Sepang : Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas...

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

18/08/2024
0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Thailand. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Selat Sunda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd