• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Sate Kajang Hj. Samuri Meninggal Dunia

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas Sate Kajang Hj. Samuri Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia di kediamannya di Sungai Ramal Dalam, Kajang dekat sini, 12.05 tengah malam tadi.

Samuri, 73, meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini.

Anak ketiga Allahyarham, Nor Ilyana, 37, berkata penyakit tersebut dikesan selepas bapanya membuat pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit pada bahagian perut.

“Allahyarham sebelum ini pernah membuat pembedahan jantung dan berjaya, namun awal tahun ini ketika beliau membuat pemeriksaan susulan dengan menjalankan CT Tap Scan (Computed Tomography of Thorax, Abdomen and Pelvis) baharu kami tahu Allahyarham menghidap kanser hati.

“Allahyarham baharu sahaja keluar dari hospital lima hari lepas untuk berehat di rumah namun tengah malam tadi, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Beliau pergi dalam keadaan tenang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam kira-kira 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam pada 9 pagi tadi.

Nor Ilyana berkata beliau sekeluarga akan meneruskan legasi perniagaan sate yang bermula sejak 1992 seperti yang diwasiatkan bapanya.

“Sebelum ini memang kami lima beradik sudah melibatkan diri dalam perniagaan sate ini, jadi kami akan meneruskan perniagaan ini seperti biasa,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nor Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Sehingga kini perusahaan Sate Kajang Hj. Samuri mempunyai 20 cawangan di seluruh negara dengan lebih 500 pekerja. – BERNAMA

Tags: meninggal duniapengasasSate Kajang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd