• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haziq Kecewa Pengorbanan Selama Ini Tidak Dipandang

oleh
31/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENARLAH kata satu slogan tu, ‘Jangan sorak ketika menang kalau tak mampu sokong ketika kalah’… Sesuai sangat tu kalau ditujukan kepada rakyat Malaysia yang tak sudah ‘bantai’ Haziq Nadzil, selaku penjaga gol pasukan Harimau Muda kelmarin.

BACA: Hajat Skuad Harimau Muda Tidak Kesampaian

Sejak pasukan bawah 22 tahun Malaysia dikalahkan di laman sendiri pada Selasa lalu, ramai yang masih tak puas hati hanya disebabkan kesalahan yang tak disengajakan oleh Haziq.

Kalau dah bukan rezeki, main power macam mana pun… Tetap bukan rezeki kita. Meskipun gol itu dikatakan jaringan gol sendiri, tapi Haziq tetap gagah berdiri waima dikecam oleh ramai rakyat Malaysia.

Haziq juga sudah tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyelamatkan bola hasil daripada sepakan penjuru pasukan Thailand.

Walaupun terus dikecam, dia memilih untuk memberi penjelasan ketika ditanya tentang kesilapan yang tidak sengaja dilakukannya itu.

“Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain,” katanya ketika ditemui oleh pihak media.

Memandangkan ketika perlawanan yang diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor itu secara kebetulan disertai dengan hujan dan kesilapan itu bukan sesuatu yang memang disengajakan.

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah,” katanya lagi dengan penuh kekecewaan.

Itulah yang sering kita cakap, jangan disebabkan satu kesalahan, semua kebaikan langsung kita tak nampak.

Apa pun, skuad Harimau Muda sudah buat sehabis baik sepanjang permainan selama 90minit itu berlangsung. Terima kasih kerana telah membanggakan negara Malaysia! – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: bola sepak final Sukan Sea 2017Harimau Muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

09/09/2023
0

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara meneruskan rentak cemerlang di bumi Thailand apabila membenam Filipina 4-0 dalam...

Penjaga Gol Negara Mohon Maaf Atas Silap Langkah

30/08/2017
0

SEMALAM, Malaysia tumpas 0-1 kepada Thailand dan ia terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen ekoran kekalahan perlawanan itu membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd