• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 September Cuti Sempena Malaysia Juara Sukan SEA

oleh
31/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tanpa djangka mana-mana pihak, kerajaan mengumumkan berita gembira apabila mengisytharkan cuti umum khas pada Isnin minggu depan iaitu 4 September ini.

Ia diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada malam penutup tirai temasya dwitahunan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 lewat tengah malam tadi.

Pengumuman istimewa itu disambut dengan sorakan hampir 100,000 penonton yang menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil selain disaksikan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

“Apa yang ditunggu?” soal perdana menteri beberapa kali sebelum kemudian disambut secara spontan oleh orang ramai yang membanjiri stadium berkenaan sejak petang Rabu dengan menjawab: “Cuti!”

“Bukan senang hendak bagi cuti sebab Malaysia sudah ada terlalu banyak cuti, tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang.

“Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya mengumumkan cuti umum pada 4 September ini,” kata Najib dengan wajah ceria ketika berucap di pentas utama di tengah stadium tersebut sempena Ambang Merdeka.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar merumuskan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang melabuhkan tirainya malam tadi, sebagai temasya hebat dan paling diingati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) di atas kelancaran edisi ke-29 ini, Tunku Imran jelas berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Malaysia berjaya mengutip 145 pingat emas.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Malaysia kerana berjaya menganjurkan sebuah temasya yang akan diingati,” kata Tunku Imran.

“Tiada apa yang sempurna di dunia ini, tetapi anda berjaya mengatasi beberapa masalah sepanjang perjalanan untuk menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan.”

Pungutan pingat itu membolehkan Malaysia bergelar juara keseluruhan daripada 11 negara yang mengambil bahagian dan 145 emas itu membolehkan kontinjen negara melepasi sasaran 111 pingat emas.

Sebelum ini, pungutan pingat terbaik negara ialah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah edisi 2001 dengan 111 pingat emas, tetapi dengan penguasaan luar biasa menjadikan pencapaian kali ini lebih gemilang.

“Kita menjadi saksi kepada persembahan hebat atlet daripada 11 negara Asia Tenggara membabitkan 404 acara dan 38 jenis sukan. Dan untuk atlet yang gagal memenangi pingat, kami tahu anda sudah memberikan yang terbaik.

“Syabas kepada kontinjen Malaysia yang berjaya muncul juara keseluruhan dan juga kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertungkus lumus dalam menyediakan kontinjen.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd