• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencapaian Cemerlang Atlet Amat Membanggakan

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pencapaian cemerlang dan terbaik direkodkan atlet negara dalam sejarah Sukan SEA pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah sesuatu yang amat membanggakan , kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kita ucapkan tahniah dan kita amat berbangga di atas prestasi ini kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh rakyat negara ini,” katanya di sini, hari ini.

Malaysia menyasarkan 111 pingat emas pada Sukan SEA 2017, namun berjaya meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada atlet Negeri Sembilan yang mewakili negara dan mengharumkan nama Malaysia pada temasya dwitahunan itu.

“Kita berharap supaya prestasi cemerlang ini akan dapat diteruskan dan dapat mengharumkan nama negara pada kejohanan antarabangsa yang lain di masa depan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad selaku pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menafikan persatuan engabaikan pemain bawah 23 tahun negara yang beraksi pada Sukan SEA 2017, penyerang N. Thanabalan.

Katanya Thanabalan ialah pemain pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan dan kerana prestasinya yang baik PBNS mengikat kontrak selama lima tahun dengan pemain itu.

“Dia disenaraikan dalam pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan musim lepas tetapi tidak dalam kesebelasan utama dan banyak ‘memanaskan’ bangku simpanan. Sebab itu kita pinjamkan dia untuk bermain sepenuh masa dengan Felcra FC yang bersaing dalam Liga FAM musim ini untuk dia mendapatkan pengalaman dan pendedahan.

“Apabila dia sudah mendapat pengalaman dan pendedahan, mungkin dia akan dapat bermain secara tetap dalam pasukan utama pada tahun depan. Tidak timbul soal bahawa PBNS ‘tidak menjaga’ beliau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd