• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Rayuan Khairul Azwan

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan naib ketua pemuda UMNO Khairul Azwan Harun terhadap naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berkaitan urus niaga hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer yang mengetuai panel tiga hakim berkata rayuan Khairul Azwan tidak mempunyai merit dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 kepada Mohd Rafizi.

Panel yang termasuk Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk M.Reza Hassan yang mewakili Khairul Azwan dan William Leong yang bertindak bagi pihak Mohd Rafizi.

Khairul Azwan membuat rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Okt, 2016, yang menolak samannya terhadap Mohd Rafizi.

Beliau memfailkan saman itu pada 30 Julai, 2015, dengan mendakwa Mohd Rafizi telah membuat kenyataan bersifat fitnah terhadap beliau berhubung pembelian hartanah Mara di Australia.

Khairul Azwan berkata beliau mengadakan satu sidang akhbar pada hari yang sama untuk menyangkal kenyataan Mohd Rafizi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khairul Azwan menyatakan bahawa Mohd Rafizi telah menerbitkan dan menyebarkan kenyataan fitnah tentang beliau semasa satu sidang akhbar di pejabat Mohd Rafiz di Uni Infiniti Mind Development Centre pada 6 Julai, 2015.

Khairul Azwan yang juga pengarah Biosis Group Berhad, mendakwa kenyataan Mohd Rafizi, antara lain, telah mempersoalkan dakwaan beliau terlibat dalam urusan perniagaan membabitkan pembelian hartanah di 746 Swanston Street oleh sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited.

Katanya perkataan fitnah, yang diterbitkan di portal dalam talian dan boleh diakses oleh pengguna di seluruh dunia, secara tidak langsung menunjukkan Khairul Azwan berminat dalam perniagaan yang menyebabkan Thrushcross Land Holdings Limited mengalami ketirisan RM63 juta.

Akibatnya, Khairul Azwan berkata reputasinya sebagai ahli perniagaan dan ahli politik telah tercemar dan menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd