• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dhol Riderz, Meriahkan Sukan SEA Dengan Bhangra

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUKAN SEA 2017 telah pun melabuhkan tirainya. Tapi adakah anda tahu siapa antara orang di belakang tabir yang menaikkan semangat atlet-atlet dan para penyokong semasa acara sedang berlangsung?

Selain Ultras Malaya yang juga dikenali sebagai pemain ke-12, kumpulan Dhol Riderz juga merupakan kumpulan yang memeriahkan stadium semasa perlawanan bola sepak. Yang menariknya, kumpulan ini memeriahkan suasana dengan alunan muzik Bhangra.

Kebiasaannya, muzik bhangra ini dimainkan ketika majlis keraian atau masyarakat Punjabi. Namun, paluan muzik bhangra ini dapat didengari di stadium selepas perlawanan pasukan Harimau Muda menentang pasukan Myanmar.

Paluan muzik itu berjaya mencuri tumpuan para penyokong yang rata-ratanya turut ‘layan’ muzik itu meraikan kemenangan menentang Myanmar.

Jangan tak tahu, video paluan muzik mereka turut tular di internet dan telah mendapat lebih 500,000 tontonan dan 13,000 perkongsian.

Menurut sebuah portal online, kedatangan mereka ke Stadium Shah Alam ketika itu untuk memberi sokongan kepada pemain negara sambil menghiburkan penonton di sekeliling mereka.

Menurut pengurus dan juga pemain drum yang dikenali sebagai Kiret, kumpulan Dhol Riderz telah ditubuhkan pada 2013 tapi ada ahlinya yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang ini.

Mengenai muzik yang dibawanya, kumpulan ini menggabungkan beberapa elemen muzik termasuklah muzik klasik India sehinggalah ke Western Africa percussion. Sebab itulah muzik yang dihasilkan Dhol itu rancak!

Kumpulan ini bukan calang-calang kumpulan yang hanya membuat persembahan di majlis-majlis keramaian saja ya, mereka pernah memenangi pertandingan paluan gendang Dhol peringkat kebangsaan pada tahun 2012 dan 2015. Malah, mereka juga pernah membuat persembahan di Royal Caribbean Cruise! Menarik bukan?

“Ianya sesuatu yang indah apabila dapat lihat penyokong dari pelbagai bangsa meraikan kejayaan bersama-sama. Muzik dan sukan memang dapat menyatukan kita semua,” kata Gurmesh, salah seorang ahlinya kepada akhbar The Star.

WE WERE HERE AS WELL!!! SEA Games Volleyball Match!! COME ON MALAYSIA!!! #seagames2017 #dholriderz #nationalchampions #peopleschampions

A post shared by Kiret Singh (@thedholriderzofficial) on Aug 24, 2017 at 8:29am PDT

Bukan hanya muncul di stadium bola sepak sahaja, mereka juga ke acara lain semasa Sukan Sea bergantung, tetapi itu mengikut kelapangan masa mereka. Terbukti, bukan sahaja sukan, tapi muzik bhangra pun dapat menyatukan semua kaum sampai menari-narilah orang kata. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Dhol Riderzmuzik bhangraSukan SEA KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

30/10/2017
0

PADA malam Merdeka di Stadium National Bukit Jalil, penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd