• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tuai 2 Emas Hari Terakhir Terjun

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia Leong Mun Yee-Traisy Vivien Anak Tukiet menghadiahkan kilauan emas acara 10m platform seirama wanita pada hari terakhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Gandingan emas negara itu mengumpulkan 300.36 mata untuk menduduki tempat teratas daripada empat penyertaan dalam acara itu yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Saya agak gemuruh tadi sebab hendak melakukan aksi terbaik di hadapan penyokong tanah air,” kata Traisy yang berusia 23 tahun.

Sementara itu, Mun Yee berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasinya dan bersedia untuk bertanding pada kejohanan lain sekiranya diberi peluang.

Dalam terjunan lima pusingan itu, Mun Yee-Traisy mancatatkan mata konsisten 49.20, 50.40, 64.68, 61.20 dan 74.88.

Pasangan dari Singapura Lim Shen-Yan-Freida Myra Lee Jia Wen meraih kedudukan kedua dengan 256.71 mata manakala Thailand yang diwakili Surincha Booranapol-Titiporn Tonapho membawa pulang pingat gangsa dengan 233.34 mata.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, penerjun negara Hanis Nazirul Jaya Surya yang bergandingan dengan Jellson Jabillin menuai emas terakhir yang ditawarkan dalam acara terjun selepas mengumpul 384.12 mata.

Pasangan emas negara mengumpulkan 48.00, 53.40, 63.00, 73.80, 72.96 dan 72.96 dalam pertandingan enam pusingan.

Pasangan Indonesia Adityo Restu Puta-Andriyan mengatasi penerjun Singapura, Jonathan Chan Fan Keng-Joshua James Chong untuk meraih perak dengan 364.14 mata manakala Jonathan-Joshua merangkul gangsa selepas mengumpul 340.80 mata.

Dengan kejayaan ini, menyaksikan skuad terjun Malaysia menyapu bersih 13 emas yang dipertaruhkan dalam acara ini. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA KL2017terjun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

19/08/2023
0

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di Air Terjun Seri Perigi,...

Lelaki Lemas, Nekad Terjun Sungai Melaka

14/05/2022
0

MELAKA : Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai bertindak terjun ke dalam Sungai Melaka gara-gara dikejar sekumpulan individu di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd