• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al Jufferi Tamatkan Zaman Bujang Lepas Raih Emas

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara dunia Mohd Al Jufferi Jamari bakal menamatkan zaman bujangnya, selepas meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara tanding kelas putra E buat kali keempat berturut-turut di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, hari ini.

Pesilat berusia 25 tahun itu membuktikan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri, apabila hanya memerlukan kurang daripada lima minit untuk mempertahankan emas Sukan SEA dengan menumpaskan lawannya, Pham Tuan Anh daripada Vietnam pada aksi akhir.

Juara dunia tiga kali itu mendahului dengan mata 5-0 pada pusingan kedua ketika pesilat Vietnam itu menyerah kalah, selepas mengalami kecederaan berikutan serangan tangkas Olahragawan Negara 2015 itu.

Pingat gangsa menjadi milik Kuibrohem Kubaha daripada Thailand dan Mohammad Syahir Agus daripada Singapura.

Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan itu, Mohd Al Jufferi mengumumkan 3 November sebagai tarikh akad nikahnya, bersama Nurul Farhana Abd Majid.

“Perlawanan tadi sebelum masuk final saya rasa gemuruh sikit, kerana saya tak selesa selepas warm up dengan pihak lawan, saya macam nak ikut rentak dia, tapi Alhamdulillah, saya teruskan berdoa dan selawat atas Nabi, saya terus tenang dan dapat kuasai balik perlawanan.

“Selepas ini saya menyasarkan pingat emas Sukan SEA di Jakarta tahun depan, saya bakal beraksi di Sukan Asia (2019) buat kali pertama,” katanya selepas majlis penyampaian pingat Mohd Al-Jufferi memenangi tiga pingat emas Sukan SEA berturut-turut sejak 2011 di Indonesia dan mengulanginya di Myanmar pada 2013, sebelum mencipta hatrik pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Sementara itu, seorang lagi juara dunia, Razak Ghazali diberikan kemenangan mutlak apabila pesilat Thailand, Pornteb Poolkaew melakukan kesalahan berat dengan menendang rusuk kanan selepas beliau sudah pun mengunci kakinya menerusi sepakan gunting pada acara tanding kelas putra D.

Tindakan itu yang menyebabkan Razak yang mendahului 4-1 pada pusingan kedua, mengalami kecederaan sehingga tidak dapat meneruskan perlawanan, dan wasit memutuskan kemenangan berpihak kepada wakil tuan rumah itu.

Terdahulu Muhammad Fairuz Nasir menghadiahkan pingat emas pertama silat bagi hari ini apabila menewaskan Nguyen Dinh Tuan daripada Vietnam 5-0 pada final acara tanding kelas putra B (45-50kg).

Pada kategori kelas puteri D (60-65kg), Siti Shazwana Ajak turut cemerlang untuk meraih emas apabila berjaya menyekat Rewadee Damsri daripada Thailand dengan keputusan 5-0. – BERNAMA

Tags: Mohd Al Jufferi Jamari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Juara Dunia Pembawa Bendera Kontinjen KL2017

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Tiga juara dunia diberi penghormatan untuk membawa bendera ketika perarakan masuk kontinjen negara pada acara pembukaan Sukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd