• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT2 Tawar Rebat 50% Sempena Merdeka, Aidiladha

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebuhaya Pantai Timur 2 (LPT2) Sdn. Bhd. menawarkan rebat tol sebanyak 50 peratus bagi pengguna Kenderaan Kelas 1 sempena cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.

Pengarah eksekutifnya, Datuk Azman Ismail berkata tawaran itu diberikan kepada pengguna LPT 2 sepanjang hari bermula tengah malam ni.

“Ini sebagai tanda penghargaan pengguna lebuh raya terhadap inisiatif pelaksanaan transaksi tol 100 peratus elektronik yang LPT2 telah laksanakan pada 14 Ogos lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azman berkata pada hari tersebut, orang ramai perlu membayar tol pada kadar biasa dan rebat akan dimasukkan apabila tambah nilai kad dilakukan di plaza tol LPT2 yang terpilih atau Pusat Perkhidmatan PLUS pada 15 September hingga 14 Disember.

Hari Kebangsaan disambut pada Khamis ini manakala Hari Raya Aidiladha pada keesokan harinya.

Terdahulu, Azman menyerahkan sumbangan dua kereta peronda kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik PDRM, SAC Sharul Othman Mansor.

Beliau berkata sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan kepada peranan PDRM yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya.

“Berdasarkan kajian terhadap pola atau trend perjalanan di LPT2, kami menjangkakan LPT2 bakal mencatatkan peningkatan trafik melebihi 100 peratus pada musim perayaan ini berbanding jumlah kenderaan pada hari-hari biasa.

“Seperti mana musim-musim perayaan lalu, kehadiran lebih ramai anggota polis di lebuh raya amat kritikal untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dalam membantu orang ramai selamat sampai ke destinasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: LPT2Rebat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

29/03/2024
0

SHAH ALAM - Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program ‘LITRAK Frequent Travellers Program’ (LFTP) berkuat kuasa 1 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd