• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syamel Nafi Mabuk Dalam Pusat Hiburan

oleh
29/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA penyanyi Syamel tiba-tiba menjadi ‘panas’ apabila dikatakan telah berkunjung ke pusat hiburan dan didakwa mengambil minuman beralkohol sehingga mabuk.

Syamel atau nama sebenarnya, Syamel Aqmal Mohd Fodzly mengatakan kontroversi yang mengaitkan namanya dengan alkohol seperti yang dihebohkan itu sedikit pun tidak mencalarkan imej.

Dia merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada tuhan kerana kontroversi panas yang melanda diri itu tidak menggugat perjalanan karier sebagai anak seni yang mula dibina sejak 2015.

“Perkara itu sama sekali tidak mengganggu fikiran saya walaupun ada beberapa individu yang secara terang-terangan mengakui untuk berhenti meminati saya.

“Saya menganggap golongan yang membuat keputusan seperti itu hanya suka pada lagu dan bukannya sayang kerana bakat. Situasi ini umpama bunga.

“Yang suka akan petik, yang sayang akan jaga dan siram,” katanya lapor Harian Metro.

Tambahnya lagi, dia beranggapan orang ramai hanya melihat pada tajuk semata tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan kontroversi itu telah dijelaskan olehnya.

“Saya rasa mereka hanya melihat tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan saya sudah jelas kan isu berkenaan.

“Bagi saya, satu kerugian pada mereka kerana mereka hanya menilai dari segi luaran,” kata Syamel.

Berikutan itu, Syamel mengatakan bahawa sedikitpun dia tidak terkilan mahupun kecewa tentang perkara itu.

Baginya, perkara seperti itu hanya isu yang kecil dan tidak tahu pucuk pangkal cerita sebenar.

“Saya sudah jelas akan perkara itu sebelum ini. Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul dan saya yakin, perkara itu tidak menjejaskan reputasi saya sebagai penyanyi,” ujarnya.

Nama jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini kian dikenali menerusi program Duo Star bila digandingkan dengan penyanyi, Ernie Zakri melalui lagu Aku Cinta ciptaan Syamel sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: syamel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur ‘Lari’, Showcase Syamel, Ernie Esok Batal

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara penganjur menyepikan diri tanpa sebarang berita, penganjuran showcase penyanyi Syamel dan Ernie Zakri sempena minggu setiausaha...

Impian Syamel Miliki Kereta Mewah Tercapai

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Berkat kerja keras sepanjang tiga tahun di bidang seni, selain amalan suka menyimpan membolehkan impian penyanyi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd