• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Di Padang Kota Ditutup Sempena Merdeka

oleh Ahmad Albab
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Beberapa jalan utama di kawasan Jalan Padang Kota di sini akan ditutup dan dilencongkan bagi membolehkan raptai dan sambutan Perarakan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Pulau Pinang dijalankan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata sebanyak lapan jalan ditutup dan dilencongkan bermula semalam sehingga sambutan itu pada Khamis ini.

“Jalan yang terlibat ialah Jalan Pengkalan Weld, Lebuh Pantai, Lebuh Light, Lebuh Penang, Lebuh Bishop, Lebuh King, Jalan Syed Sheikh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama, Lebuh Farquhar dan Jalan Kapitan Keling,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya sejak semalam, jalan-jalan itu telah mula ditutup bermula 8.30 pagi hingga 11 pagi bagi peserta sambutan Hari Kebangsaan menjalankan raptai persembahan.

Beliau berkata hari ini, jalan berkenaan ditutup bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari untuk raptai penuh.

“Bagi hari sambutan nanti iaitu Khamis, jalan-jalan berkenaan ditutup bermula 7 pagi hingga selesai majlis iaitu kira-kira pukul 12 tengah hari untuk majlis Perarakan Hari Kebangsaan peringkat Pulau Pinang,” katanya.

Chuah berkata pihak polis akan menempatkan anggota bagi mengawal lalu lintas di semua persimpangan yang ditutup dan dilencongkan.

Katanya orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas semasa penutupan dan lencongan di jalan-jalan berkenaan.

Penutupan jalan-jalan itu sejak semalam telah menyebabkan kesesakan teruk di kawasan George Town dan ia diburukkan dengan penambahan pelancong yang sedang bercuti di negeri ini berikutan cuti sekolah. – BERNAMA

Tags: jalan tutupmerdeka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd