• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Ramal Malaysia Kalahkan Thailand 1-0

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak terkecuali menyertai majoriti rakyat Malaysia dalam membuat telahan peluang pasukan bola sepak negara merebut pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Di tengah-tengah kesibukannya berkunjung ke sini dan menyertai majlis, timbalan perdana menteri meramalkan pasukan kebangsaan akan menang 1-0 menentang skuad Thailand pada perlawanan akhir malam ini.

Beliau berkata walaupun pasukan negara kini kuat, namun kehebatan pasukan lawan selaku juara bertahan tidak boleh dipandang ringan.

“Mutu permainan mereka (Thailand) bagus dan mereka juga sama kuat.

“Saya doakan agar pasukan kita menang dan ramalan saya kita akan berjaya mengalahkan Thailand sekurang-kurangnya 1-0,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Lembu Korban Aidiladha 1438H kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini.

Perebutan yang dianggap ibu segala pingat temasya KL2017 itu dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pukul 8.45 malam ini.

Ahmad Zahid menjangkakan perlawanan itu bakal berlangsung dalam keadaan sengit, namun kelebihan Malaysia adalah bermain di padang sendiri, maka beliau meminta semua rakyat Malaysia supaya memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA KL2017Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd